Ford EcoSport facelift turut muncul di Geneva

By  |  0 Comments

Ford-EcoSport-5

Ford turut mengambil kesempatan mempertontonkan model facelift bagi EcoSport di Geneva Motor Show.

Ternyata Ford EcoSport facelift ini tiada lagi ruang belakang untuk penyimpanan tayar ganti tetapi digantikan dengan imej yang lebih segar. Untuk Geneva Motor Show ini, Ford telah membawakan model spesifikasi tertinggi iaitu EcoSport S dengan warna Deep Impact Blue yang menawan. Kelihatan padanan rim aloi bersaiz 17-inci, bumbung dan perumah cermin sisi berwarna hitam dan peresap belakang yang menyerlahkan lagi gaya EcoSport ini.

Ford-EcoSport-4

Malah model facelift ini turut membawakan pelbagai penambah baikan termasuk merendahkan tahap NVH dengan material pemati-bunyi yang lebih berkualiti pada bahagian papan pemuka dan pintu. Ia juga menampilkan paparan berwarna bersaiz empat-inci, brek tangan yang diposisi semula, tempat duduk balutan kulit standard bagi varian Titanium dan Winter Pack termasuk cermin dan tempat duduk yang memiliki suhu haba.

Ford-EcoSport-3

Jika anda tertanya-tanya di manakah tempat penyimpan tayar simpanan, ia sebenarnya ditawarkan sebagai elemen pilihan seandainya pelanggan mahukannya, atau boleh mendapatkan kit mobiliti tayar.

Kejuruteraan Ford turut mengembalikan rear twist beam termasuk gegelung dan peredam, malah ketinggiannya juga telah dikurangkan sebanyak 10mm.

EcoSport 2015 ini juga didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan sistem stereng berkuasa serta kamera undur. Enjinnya juga telah mencapai piawaian standard EUR6.1.

Ford EcoSport 2015 ini dijadualkan mula berada di pasaran pada Jun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *