Suzuki iM-4 & iK-2 – Antara model konsep yang menarik perhatian di Geneva

By  |  0 Comments

Setelah dua keping fotonya tersebar pada 1 Mac yang lalu, akhirnya model konsep Suzuki iM-4 dan iK-2 selamat ditayangkan di Geneva.

Model konsep iM-4 crossover bersaiz kecil pastinya yang menjadi perhatian kerana ia menampilkan rekaan yang minimalis dan nampak sporty. Bahagian hadapannya diperkemaskan dengan penampilan gril umpama ‘berkaca’ yang disambungkan terus dengan lampu utama LED. Bahagian hud pula umpama kulit kerang dan nampak agak futuristik. Manakala bahagian belakangnya pula kelihatan membawa imej klasik Suzuki seperti mana model Fronte Coupe dan Crevo.

Suzuki-iM-4-Mini-7

Memilih warna putih, Suzui iM-4 ini turut didatangkan dengan rim aloi bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar 215/45 R18 dan menerima sistem kuasa 4×4 yang dijanakan daripada sistem hibrid berkuasa sederhana menerusi enjin 1.2 liter DUALJET. Ia disambungkan dengan penghidup generator dan pek bateri lithium-ion.

Secara fizikal, model konsep ini bersaiz 3693mm panjang, 1709mm lebar, 1566mm tinggi dan 2438mm bagi jarak roda.

Suzuki-iK-4-Compact-7

Manakala bagi iK-2 pula, model konsep hatchback kompak ini dibangunkan dengan platform yang baharu dan bakal diproduksikan pada tahun 2016. Mengadaptasikan konsep rekaan ‘Liquid Flow’, ia tampil dengan garisan karakter yang menarik dan kekemasan krom dengan kombinasi lampu utama LED dan dapra (fender) yang nampak maskulin. Dengan warna badan Lightning Silver, cermin belakangnya nampak lebih landai bagi memberikan imej yang sporty.

Suzuki ik-2 ini dikuasakan oleh enjin baharu iaitu 1.0 liter BOOSTERJET, namun difahamkan versi produksinya akan menerima sistem hibrid berkuasa sederhana. Model konsep ini dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar 225/45 R18. Manakala kerangkanya berdimensi 4023mm panjang, 1920mm lebar, 1450mm tinggi dan jarak roda pula 2520mm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *