Ford lancar model Fiesta & Ka Edisi Black & White untuk pasaran Eropah

By  |  0 Comments

Sebelum Januari 2015 berakhir, Ford sempat mengambil kesempatan memperkenalkan Edisi Black dan White untuk model Fiesta dan Ka bagi pasaran Eropah.

Ford mengatakan bahawa model edisi khas ini menampilkan rekaan yang penuh sofistikated dan miliki personaliti tersendiri dengan kekemasan berwarna hitam pada kerangka putih dan sebaliknya. Malah kedua-dua warna tersebut juga telah mencurahkan imej yang klasik yang lebih segar dengan penampilan lebih kontemporari serta refleksi pada gaya hidup sebenar.

Ford-Fieata-B&W-6

Bagi Fiesta, ia menawarkan sama ada warna kerangka Panther Black dengan bumbung Frozen White dan perumah cermin sisi berwarna putih, atau kerangka berwarna Frozen White dengan bumbung Panther Black serta perumah cermin sisi berwarna hitam.

Ia turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 15-inci dengan kekemasan berwarna putih, dan turut ditawarkan rim aloi bersaiz 16-inci berwarna hitam sebagai pilihan.

Manakala bahagian dalamannya pula, dihiasi dengan jahitan putih pada tempat duduk, roda stereng, karpet lantai dan pemegang brek tangan.

Bagi model Ka Edisi Black dan White pula, ia menawarkan kerangka dengan pilihan warna Midnight Black atau Crystal White dengan warna kontra pada bahagian bumbung dab perumah cermin sisi. Model ini turut dilengkapi dengan spoiler pada bumbung belakang yang sama dengan warna kerangka serta rim aloi lima-jejari bersaiz 16-inci.

Pada bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan roda stereng dan pemegang brek tangan balutan kulit,tempat duduk berwarna hitam, tombol gear, konsol tengah, pemegang pintu dan lingkaran corong udara berwarna Pearl White.

Fiesta Edisi Black dan White ini ditawarkan dengan empat pilihan enjin petrol dan dua diesel. Sementara, Ka Edisi Black dan White pula hanya memiliki varian enjin petrol 1.2 liter Duratec.

Ford Fiesta Edisi Black & White

Ford Ka Edisi Black & White

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *