McLaren 650S Le Mans sempena dengan ulang tahun ke-20 kejayaan McLaren F1 GTR

By  |  0 Comments

650S Le Mans_01

Mclaren telah menyebarkan perician dan foto 650S Coupe Le Mans edisi khas setelah teka-teki mengenai kehadirannya makin bertebaran di Internet sejak akhir tahun lalu.

Kejayaan yang dicatatkan oleh The McLaren F1 GTR pada tahun 1995 di perlumbaan 24 Hours of Le Mans telah mendorong jenama besar ini memproduksikan sebuah model jentera untuk mengenang percapaian yang penuh membanggakan ini. Maka terhasilkan model 650S Coupe Le Mans edisi khas yang hanya diproduksi sebanyak 50 unit sahaja.

Ia dijual pada harga £244,500 (RM1.3 juta) dan diproduksi dalam bentuk kerangka coupe tanpa perubahan mekanikal.

650S Le Mans_02

Dibangunkan oleh MSO dengan kerjasama pereka McLaren F1 Peter Stevens, 650S Le Mans boleh divisualisasikan dengan corong udara “snorkel” pada bahagian bumbung bagi mengimbas kembali model lagenda F1. Ia bertujuan untuk penyalur saliran udara daripada enjin 3.8 liter V8 turbo-berkembar.

650S Le Mans ini turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 19-inci untuk bahagian hadapan dan 20-inci di belakang yang dibaluti tayar Pirelli P Zero Corsa. Brek karbon seramik pula telah dipadankan dengan kaliper berwarna jingga.

McLaren berkata, jentera ini akan mula dijual secara global pada pertengahan tahun ini. Di mana kesemua 50 pembeli akan menerima jemputan khas untuk meraikan majlis sambutan ulang tahun ke-20 McLaren F1 GTR yang bakal diadakan di trek lumba terkenal di Perancis.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *