Ford memperkenalkan teknologi baharu Bantuan Pra Pelanggaran & Pengesan Pejalan Kaki

By  |  0 Comments

Ford-Mondeo-5-Door-01

Ford Motor Company memperkenalkan satu sistem bantuan pemandu baharu yang mampu mengurangkan keseriusan atau mengelakkan perlanggaran dari arah hadapan yang melibatkan kenderaan dan pejalan kaki.

Bantuan Pra-Pelanggaran (Pre-Collision Assist) dengan Pengesan Pejalan Kaki (Pedestrian Detection) menggunakan teknologi radar dan kamera untuk mengimbas jalan di hadapan. Sekiranya kemungkinan risiko pelanggaran dengan kenderaan atau pejalan kaki dikesan, ia akan memberi amaran kepada pemandu. Jika pemandu tidak memberi maklum balas dalam masa yang sepatutnya, sistem ini akan menekan brek kenderaan sepenuhnya secara automatik untuk membantu mengurangkan keseriusan atau mengelakkan berlakunya pelanggaran dari arah hadapan.

Sistem Bantuan Pra-Pelanggaran boleh membantu para pemandu mengelak daripada melanggar bahagian belakang kenderaan lain dalam apa jua kelajuan. Sementara Pengesan Pejalan Kaki pula membantu pemandu mengelak daripada melanggar pejalan kaki pada kelajuan lebih rendah. Kedua-dua teknologi ini mampu mengurangkan keseriusan pelanggaran dari arah hadapan atau mengelak kemalangan.

“Teknologi ini menambah senarai teknologi bantuan pemanduan Ford yang sudah pun cukup mengagumkan. Ia boleh dimanfaatkan oleh para pelanggan mulai hari ini,” kata Naib Presiden Kumpulan, Pembangunan Produk Global Ford, Raj Nair.

Teknologi Bantuan Pra-Pelanggaran dengan Pengesan Pejalan Kaki akan melakukan debut pada model Ford Mondeo 2015 yang mula dijual di pasaran Eropah pada tahun ini. Ia kemudian akan dipasang pada model-model Ford dan Lincoln yang lain di seluruh dunia.

Ford Pre-Collision Assist with Pedestrian Detection Technology

Walaupun sistem baharu ini mungkin berupaya membantu pemandu terutamanya pada situasi-situasi yang tidak dijangka, ia bagaimanapun tidak menggantikan pemandu dan mempunyai limitasi tersendiri. Ini termasuklah pada waktu malam, kondisi cahaya yang malap, kenderaan bergerak dari arah berbeza dan dalam keadaan cuaca tertentu.

Antara teknologi bantuan pemandu lain yang ditawarkan oleh Ford termasuklah bantuan sistem lane-keeping aid, Sistem Informasi Titik Buta (Blind Spot Information System (BLIS®)) dengan amaran trafik bersilang, kawalan jelajah adaptif (adaptive cruise control), amaran pelanggaran dengan sokongan brek dan bantuan parkir aktif (active park assist).

Pengesan Pejalan Kaki

Bantuan Pra-Pelanggaran

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *