Ford Focus Edisi Istimewa (SE) lebih sporty – Harga RM132k

By  |  0 Comments

focus-se-01

Selepas mengumumkan kehadiran Ford Kuga Edisi Istimewa minggu lalu, Sime Darby Auto Connexion selaku pengedar rasmi Ford di Malaysia telah memperkenalkan pula varian Ford Focus Edisi Istimewa( SE) menerusi laman web rasmi mereka.

Untuk varian ini, ia turut menawarkan warna baharu iaitu Winning Blue (selain turut mengekalkan pilihan warna Frozen White) dan dengan balutan berwarna hitam yang dilekatkan pada bahagian bonet hadapan, bumbung dan belakang, menjadikan Ford Focus SE tampil dengan dua-tona warna bagi luarannya.

focus-se-03

Selain itu, ia juga didatangkan dengan kit badan sepenuhnya dan lampu pencahayaan siang (DRL) yang tampil bersama lampu utama ‘Sport Plus’.

Pada bahagian kabinnya pula, Focus SE ini turut dipadankan dengan tempat duduk balutan kulit sepenuhnya dan juga alas karpet sport.

Walau bagaimana pun, tiada perubahan daripada segi teknikal. Di mana Focus SE ini masih dijanakan oleh enjin 2.0 liter Duratec Ti-VCT GDI yang mampu memberikan kuasa sehingga 170 hp dan tork setinggi 202 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi Powershift dual-klac.

Focus SE ini ditawarkan pada harga atas jalan RM131,888 berserta insurans.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *