Nissan GT-R 2015 & model Edisi Ulang tahun ke-45 dilancarkan di Jepun

By  |  0 Comments

Nissan GT-R 2015MY

Memilih tanah tumpah airnya sendiri, Jepun, Nissan telah pun melancarkan model prestasi tinggi, GT-R 2015 dengan mengimplementasikan beberapa penambah baikan. Kali terakhir generasi R35 ini dilancarkan ialah pada tahun 2007 lalu.

Bagi model 2015 ini, Nissan telah mengubah semula model ini termasuklah memberi penambah baikan pada peredam dan juga membekalkan ECU yang lebih terbaik terutamanya bagi kestabilan kenderaan sewaktu dipandu di selekoh.

Sebagai tambahan, sistem pengurusan penjana kuasa dan perumah bagi flywheel bearing turut digubah untuk mengurangkan bunyi dan menambahkan kelancaran operasinya. Barisan jurutera Nissan juga telah membangunkan struktur baharu bagi pad brek Brembo bagi mengurangkan bunyi bising. Manakala peredam stereng juga dioptimakan semula bagi membolehkan getaran rendah ketika enjin sedang melahu.

Nissan GT-R 2015MY

Selain itu, Nissan juga menawarkan pilihan GT-R Premium dengan rim aloi RAYS bersama kekemasan krom Hyper Blue Black.

Malahan Nissan turut mengesahkan model facelift GT-R R35 sedang dipersiapkan. Manakala model R36 pula dijangka diperkenalkan dalam tempoh 3-4 tahun akan datang.

Nissan lanÁa vers„o limitada que comemora os 45 anos do supere

Dalam masa yang sama, Nissan telah memperkenalkan Edisi Ulang Tahun ke-45 bagi model GT-R yang hanya ditawarkan bagi pasaran Jepun sahaja. Ia hanya ditawarkan untuk 45 unit sahaja dan dijadual bakal dipasarkan bermula awal Februari ini.

Model edisi istimewa ini turut didatangkan dengan warna khas iaitu Silica Brass, yang sama dengan model Skyline GT-R M-Spec (R34 Type). Model ini hanya akan dijual bersama kekemasan Premium Edition dan bakal menampilkan logo eksklusif pada bahagian bawah kluster tengah. Selain itu, ia juga ditampilkan dengan nombor plat eksklusif pada bahagian petak enjin.

Nissan menambah, tempahan untuk model ini berdasarkan ‘siapa cepat, dia dapat’ dan ia dijual pada harga bermula 10,787,040 yen (RM307,035).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *