Kerajaan komited untuk kurangkan harga kereta import

By  |  0 Comments

car-sale-img

Kerajaan komited untuk memastikan bahawa harga kereta import termasuklah yang memiliki kapasiti enjin pertengahan akan dikurangkan sehingga 30%, menurut Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Hamim Samuri.

“Kerajaan akan mengotakan janji untuk mengurangkan harga kereta import di antara 20% dan 30% dalam tempoh lima tahun akan datang,”kata Hamim bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh Rafizi Ramli (PKR-Pandan) dalam sidang Dewan Rakyat semalam, seperti mana yang dilaporkan akhbar TheStar.

Beliau turut berkata, ketika ini rekod penurunan harga kereta sudah mencapai tahap 9% bagi semua kenderaan dalam kategori sederhana.

Bagaimana pun, beliau berkata pengurangan harga tersebut tidak termasuk kenderaan mewah yang diimport.

Beliau turut bersetuju dengan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) bahawa penurunan harga kereta import tidak dapat dilaksanakan dengan segera kerana ia akan memberi kesan negatif kepada industri.

Hamim berkata apa-apa langkah drastik akan meninggalkan kesan buruk terhadap industri jualan kereta terpakai. Malah ia juga boleh menjejaskan hampir 200,000 pengusaha serta pekerja dalam industri kereta terpakai sekiranya kerajaan menurunkan cukai kenderaan mendadak.

“Apa yang bakal berlaku ialah pengguna lebih tertumpu untuk membeli kenderaan baharu dan bukan lagi kereta terpakai,”tambahnya lagi.

Dalam pada masa yang sama, beliau berkata, sejak tahun 2011 hingga 2013, industri import kenderaan telah menyumbang sebanyak RM10 bilion melalui kutipan duti eksais.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *