Ford Fiesta ST… hot-hatch yang dinanti! – Harga RM150k

By  |  0 Comments

New Fiesta ST set to arrive next month

Mengira detik pelancaran Ford Fiesta ST yang dijangka bakal berlangsung pada pertengahan November ini, Ford Malaysia telah pun mempromosikan model sporty ini menerusi laman web rasmi mereka.

Tampil dengan revolusi enjin 1.6L EcoBoost bersama kombinasi pengecas turbo, Ford Fiesta ST ini mampu meledakkan kuasa sehingga 182 PS dan tork sehingga 240 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi manual B6 enam-kelajuan.

Jentera ini juga boleh dipacu dari titik sifar sehingga 100 km/j dalam hanya 6.9 saat dan kelajuan maksimum ialah 224 km/j. Dengan kombinasi ini membuatkan Fiesta ST antara model hot hatch yang terpantas dan menggunakan bahan api yang efisien.

Fiesta-ST-brochure-3

Antara elemen penuh sporty yang ditampilkan pada model ini ialah pedal aloi sport, sistem suspensi unik bersama Torque Vectoring untuk memberikan penguasaan pengendalian yang lebih mantap, cakera brek belakang berprestasi tinggi, rim aloi bersaiz 17 inci, dilengkapi dengan teknologi bantuan-pemanduan sepenuhnya termasuk bilah pengilap cermin automatik dan lampu utama projektor halogen automatik dan lampu pencahayaan siang.

Imej yang ditampilkan? Pastinya dilengkapi dengan kit badan serba sporty yang membantu menyerlahkan lagi penampilannya. Malah rekaan hadapan yang penuh dinamik menambahkan lagi karakter model ini. Pada bahagian belakangnya juga ditampilkan spoiler belakang dan paip ekzos berkembar krom.

Fiesta-ST-brochure-4

Selain itu, Fiesta ST ini turut dipadankan dengan tempat duduk Recaro untuk bahagian hadapan dan tempat duduk fabrik gabungan warna kelabu dan hitam untuk belakang, sistem audio Ford SYNC dengan enam pembesar suara bersama pelbagai fungsi paparan, roda stereng dengan logo ST, tombol gear lengkap dengan jahitan merah, dan butang penghidup enjin.

Bagi pek pilihan ST Convenience Pack, elemen tambahan yang ditawarkan ialah sistem kemasukan tanpa kunci dan pelarasan cermin sisi secara automatik.

Elemen keselamatan standard pula terdiri daripada ABC, EBD dan Bantuan Brek (BA), ESC, Hill Start Assist dan tujuh beg udara.

Tiga warna pilihan bagi kerangka yang ditawarkan untuk jentera ini ialah Molten Orange, Spirit Blue dan Panther Black.

Malah hari ini Ford telah mengumumkan bahawa Fiesta ST akan ditawarkan pada harga RM149,888 seunit. Pembeliannya akan didatangkan dengan waranti tiga tahun/100,000 km.

Tempahan pra-pelancarannya pula dibuka pada acara Asia Klasika kali ke-5 yang berlangsung dari 31 Oktober hingga 2 November di Pullman Putrajaya Lakeside Resort. Para pengunjung juga dijemput membuat tempahan pra-pelancaran atau mendaftar untuk menyertai sesi pandu uji ‘Fiesta ST Xperience’ yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *