Tawaran diskaun & rebat tol untuk semua pengguna jalan raya sempena Deepavali

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengumumkan pemberian diskaun dan rebat tol untuk semua pengguna jalan raya sempena sambutan Deepavali yang berlangsung esok. Di mana pengguna jalan raya berpeluang menikmati kadar diskaun antara lima dan 37.5% dan rebat sebanyak 20% pada esok.

Sebagai tambahan, tiga lebuh raya ini akan memberikan antara 500 hingga 1,500 kad pra bayar Touch ‘n Go untuk pengguna lebuh raya berkenaan iaitu Lebuh raya SILK, Lebuh raya Grand Saga dan Lebuh raya LATAR.

Lebuh raya yang bakal menawarkan diskaun tol pula :

Lebuh raya Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
Lebuh raya Damansara Puchong (LDP)
Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE)
East Coast Highway Phase 1 (ECE 1)
Guthrie Corridor Expressway
Lebuh raya Kajang Seremban (LEKAS)
Lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
Lebuh raya KL-Karak (KLK)
Lebuh raya KL-Putrajaya (MEX)
New North Klang Straits Bypass (NNKSB)
Lebuh raya Pantai Baru (NPE)
Shah Alam Expressway (Kesas)
Terowong SMART
South Klang Valley Expressway (SKVE)
Lebuh raya SPRINT
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS)
Lebuh raya Sungai Besi (Besraya)

Manakala lebuh raya yang menawarkan rebat pula ialah :

Lebuh raya Kulim-Butterworth (KLBK)
Lebuh raya Utara-Selatan (PLUS), kecuali di plaza tol Bukit Kayu Hitam / Bangunan Sultan Iskandar
Lebuhraya LINK kedua Malaysia-Singapore (LINKEDUA), kecuali di plaza tol Tanjung Kupang
Lebuh raya Seremban-Port Dickson (SPDH)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *