Volkswagen Malaysia sedang meneliti potensi eksport bagi unit CKD

By  |  0 Comments

PoloCKD37

Volkswagen Group Malaysia (VGM) sedang meneliti potensi untuk mengeksport kenderaan unit pemasangan tempatan (CKD) ke begara luar bermula tahun hadapan.

Menurut Pengarah Urusan VGM, Armin Keller, pihaknya sedang melihat dan meneliti pasaran dua buah negara iaitu Thailand dan Indonesia yang mempunyai permintaan dalam pasaran yang besar serta pemanduan di sebelah kanan, sesuai dengan unit yang diproduksi di Malaysia.

“Kami melihat model Jetta, Polo dan Polo Sedan memiliki potensi di dalam pasaran eksport ini. Justeru, kami sudah bersiap sedia daripada segi teknikal dan kini sedang mempertimbangkan tawaran harga yang bersesuaian untuk pasaran berkenaan,”ujar Keller.

Selain dari Thailand dan Indonesia, VGM turut meneliti pasaran eksport bagi Filipina dan Vietnam, namun bukan untuk memasarkannya ke kedua-dua negara berkenaan dalam masa terdekat ini, memandangkan di sana mengamalkan pemanduan sebelah kiri.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *