Volkswagen Malaysia panggil semula 2,134 unit Beetle

By  |  0 Comments

volkswagen-beetle-12-tsi-review-7

Volkswagen Malaysia menasihatkan semua pemilik model Beetle untuk menghantar kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis Volkswagen di seluruh negara. Di mana sebanyak 2,134 unit Beetle buatan antara April 2012 dan Julai 2013 yang telah dikenal pasti mengalami masalah pada trailing arm pada bahagian kilasan gandar belakang (rear torsion crank axle).

Di mana jika berlaku pelanggaran dari arah belakang, kemungkinan besar ia akan menyebabkan keroskan yang teruk pada bahagian kilasan gandar belakang. Secara tidak langsung ia juga boleh menjejaskan bahagian trailing arm dan menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Program memanggil semula ini akan melibatkan pemasangan logam pada bahagian trailing arm tersebut.

Walau bagaimana pun, sehingga kini pihak Volkswagen belum menerima sebarang aduan mengenai masalah ini di Malaysia. Namun demikian pemilik Beetle yang terlibat dinasihatkan agar menghantar kenderaan mereka ke mana-mana pusat servis Volkswagen di seluruh negara bagi tujuan pemeriksaan yang hanya mengambil masa selama 30 minit sahaja. Malah para pelanggan yang terlibat juga akan dihubungi oleh pihak Volkswagen Malaysia dan operasi pemasangan ini dijadualkan bermula pada suku pertama tahun 2015.

Mana-mana pelanggan yang mempunyai pertanyaan mengenai program panggilan semula ini, diminta menghubungi wakil pengedar Volkswagen atau pun khidmat pelanggan di talian 1800-88-8947.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *