Daihatsu Sirion facelift bakal tiba di Indonesia tahun hadapan

By  |  0 Comments

sirion-sport-01

Menerusi laporan portal pemotoran Indonesia, detikOto, Pengarah Pemasaran PT Astra Daihatsu Motor, Amelia Tjandra, telah mengesahkan bakal membawa masuk model facelift Daihatsu Sirion ke negara berkenaan pada tahun hadapan.

Menurut Amelia, buat masa kini tiada sebarang perkembangan mengenainya namun ia dijangka tiba pada tahun hadapan. Beliau turut menambah, akan terdapat beberapa perubahan daripada segi dalaman dan luaran bagi model facelift ini, tetapi ia hanya boleh disahkan pada hari pelancarannya, mungkin pertengahan atau akhir 2015.

Seperti yang sedia maklum, Perodua Myvi adalah hasil rebadged daripada Sirion. Jadi dengan kehadiran model facelift Sirion ini, adakah ia juga memberikan petanda Perodua akan tampil dengan model terbaharu bagi Myvi?

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *