Singapura naikkan kadar tol di Woodlands mulai 1 Okt – LTA

By  |  0 Comments

Linkedua-Expressway

Hujung minggu yang lalu, perkhabaran mengenai kenaikan harga tol Woodlands oleh pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura dikatakan tidak benar. Ia berikutan selepas negara jiran kita itu dikatakan turut merancang kenaikan harga tol berkenaan bagi menyamai harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia.

Petang ini, laman web rasmi LTA telah menyiarkan satu kenyatan media mengesahkan kadar baharu bagi tol Woodlands yang bakal berkuatkuasa mulai 1 Oktober ini.

Menerusi kenyataan media terbabit, kenaikan harga tol adalah melibatkan semua kenderaan, kecuali motosikal, yang memasuki dan meninggalkan Singapura melalui Woodlands.

Kadar tol bagi kereta meningkat daripada S$1.20 (RM3.00) ke S$3.80 (RM9.60), manakala van dan kenderaan barangan ringan pula naik daripada S$1.90 (RM4.80) menjadi S$5.80 (RM14.68). Kadar tol bagi teksi dan bas juga terbabit iaitu daripada S$0.60 (RM1.51) dan S$1 (RM2.53) menjadi S$1.90 (RM4.81) dan S$3.10 (RM7.85).

Screen Shot 2014-09-12 at 17.19.33

Menurut LTA, mana-mana kenderaan asing berdaftar yang memasuki Singapura dari Johor, akan direkodkan kemasukannya menerusi sistem tol LTA. Bayaran tol akan ditolak hanya apabila kenderaan terbabit meninggalkan Singapura sama ada melalui Woodlands atau pun Lebuhraya Lingkaran Kedua. Ia turut melibatkan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP), dan Electronic Road Pricing (ERP).

Perkara ini juga akan dilaksanakan bagi tol Lingkaran Kedua.

Menteri Kanan Kementerian Pengangkutan Singapura, Josephine Teo berkata pada sidang Parlimen yang berlangsung selasa lalu, kenaikan kadar tol berkenaan adalah untuk menyaingi harga tol yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia bagi kenderaan negara berkenaan yang memasuki Malaysia.

Pada 1 Ogos yang lalu, Singapura telah menaikkan kadar VEP bagi kenderaan asing berdaftar antara S$20 (RM50.64) ke S$35 (RM88.62) sehari dan Permit Kenderaan Barangan pula daripada S$10 (RM25.32) ke S$40 (RM101.29) sebulan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *