Peugeot 308 GT memanaskan badan sebelum ke Paris

By  |  0 Comments

peugeot-308gt-1408jbl000-1

Peugeot mengambil langkah bijak apabila makin agresif memperkenalkan model hot-hatch. Selepas model 208 GTI, Peugeot bakal memperkenalkan model baharu bagi 308GT . Biar pun menggunakan enjin yang sama dengan 208 GTI iaitu 1.6 liter turbo, namun 308 GT ini pastinya memiliki keistimewaan yang tersendiri untuk ditonjolkan.

Model ini dikatakan mampu menjanakan kuasa sehingga 202hp dan puncak tork 284Nm, ia juga dipacukan oleh pacuan roda hadapan dan dipadankan bersama transmisi manual enam-kelajuan. 308 GT ini juga dikatakan mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100km/j dalam hanya 7.5 saat.

peugeot-308gt-1408jbl001-1

Bagi memberikan kuasa pengendalian yang lebih sporty, 308 GT ini turut ditampilkan dengan suspensi yang lebih rendah, sistem brek telah dipertingkatkan dan kekemasan yang ranggi.

Malah untuk 308 GT ini, Peugeot juga bukan sekadar mendatangkannya dengan bentuk kerangka hatchback lima-pintu, tetapi turut ditawarkan dengan model wagon. Ia dijanakan oleh 2.0 liter turbodiesel yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 177hp dan 399Nm serta dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan.

peugeot-308swgt-1408jbl003-1

Peugeot 308 GT ini bakal dipertontonkan di Paris Motor Show Oktober ini dan ketika itu segala periciannya akan didedahkan secara rasmi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *