Perodua lantik Nagoya Automobile sebagai pusat 3S

By  |  0 Comments

Perodua nagoya

Perodua telah melantik Nagoya Automobile Malaysia Holdings Sdn Bhd (NAMSB) sebagai pusat 3S. Terletak di Bandar Sunway, pusat 3S ini dilihat mampu meningkatkan lagi jualan dan perkhidmatan rangkaian pengedaran Perodua di Malaysia.

NAMSB yang ditubuhkan sejak April 2014 dengan model pelaburan sebanyaj RM3 juta, merupakan perkongsian antara Nagoya Daihatsu Co. Ltd Japan (60%), Daihatsu Malaysia (20%) dan Perodua (20%).

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid, kerjasama ini dilihat sebagai satu lagi pencapaian bagi perodua dengan penyertaan daripada syarikat luar buat pertama kalinya sebagai pengedar.

Pusat 3S ini juga dilihat sebagai penanda aras standard bagi memberikan semangat buat para pengedar Perodua yang lain untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan masing-masing serta menjamin kepuasan para pelanggan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *