Kia Sorento 2015 diperkenalkan di Korea Selatan

By  |  0 Comments

Sorento3

Setelah beberapa kali mengeluarkan teaser mengenainya sejak awal bulan Ogos, semalam barulah Kia memperkenalkannya secara rasmi di khalayak. Bertempat di negara kelahirannya, Korea Selatan, Kia Sorento 2015 tampil gagah dan nampak begitu maskulini.

Dengan gril tiger-nose bersama paten berlian tiga dimensi, imej hadapannya sungguh menyerlah. Lampu utama sweptback dengan garisan bumbung yang landai memberikan pandangan yang lebih sporty. Ditambah pula dengan kekemasan krom pada lampu utamanya termasuk padanan tailgate-mounted spoiler menyerlahkan lagi gayanya.

Bahagian kabin juga menerima sentuhan yang agak eksotik dengan elemen kemewahan. Kekemasan dalamannya menerima material sentuhan lembut dengan pelbagai teknologi yang terkini. Ternyata hasil rekaaan yang dibangunkan oleh pasukan pereka Kia di Frankfurt ini menjadikan gaya Swiss sebagai ilham mereka.

Rekaan bentangan papan pemuka yang tersusun rapi digabungkan dengan roda stereng tiga jejari dan balutan material kulit pada perehat lengan di bahagian tengah. Kelihatan skrin paparan sesentuh pada papan pemuka yang dilengkapi dengan sistem hiburan.Sorento 2015 ini juga dilengkapi dengan sistem audio JBL dan sistem infotaimen yang turut berfungsi sebagai navigasi GPS.

Sorento46

Malah corong penghawa dingin juga ditempatkan pada bahagian tempat duduk belakang bagi memberikan keselesaan jitu kepada para penumpang. Ia juga menampilkan bumbung suria dengan kekemasan plastik-gentian karbon.

Di Korea Selatan, Sorenton 2015 bakal ditawarkan dengan dua varian enjin diesl iaitu 2.0 liter empat-silinder yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 186 PS dan puncak tork 402 Nm. Manakala enjin 2.2 liter pula berkeupayaan menghamburkan kuasa maksimum sehingga 202 PS dan tork 441 Nm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *