Jualan kenderaan menyusut pada Julai lalu – MAA

By  |  0 Comments

car-sale-img

Petikan berita BERNAMA menyiarkan laporan daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengenai penyusutan jualan kenderaan penumpang dan perdagangan pada Julai kepada 60,267 unit daripada 68,431 unit yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lepas.

MAA berkata, daripada 60,267 unit yang dijual, 53,578 unit ialah kenderaan penumpang dan baki 6,689 unit ialah kenderaan perdagangan.

Walau bagaimana pun, Jumlah Jualan Keseluruhan Industri bagi tempoh Januari hingga Julai 2014 ialah sebanyak 11,490 unit, naik tiga peratus daripada tempoh yang sama sebelumnya pada 2013. Hal ini didorong olehkempen jualan agresif oleh pemain industri.

Berikutan daripada itu, MAA turut berkata kuantiti jualan pada Ogos 2014 dijangka kekal sama seperti pada Julai hasil daripada kempen promosi berterusan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat kereta.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *