Peminat Piala Dunia 2014 menangi VW Polo sedan

By  |  0 Comments

Picture 3

Piala Dunia 2014 telah pun berlalu dan semua sudah sedia maklum dengan pasukan Jerman yang dinobatkan sebagai sang juara dalam kejohanan bola sepak terkemuka dunia itu.

Malah Volkswagen Group Malaysia (VGM) yang turut mengadakan peraduan sempena dengan Piala Dunia 2014 melalui kempen Menangi Polo sedan yang bekerjasama dengan aplikasi Onefootball Brasil juga telah mengumumkan pemenangnya baru-baru ini.

Peminat tegar Piala Dunia, Tee Jee Hung telah dinobatkan sebagai pemenang utama peraduan ini dan berjaya memenangi model baharu Volkswagen (VW) Polo Sedan. Katanya, dengan hanya memuat turun aplikasi Onefootball Brasil untuk mengikuti perkembangan Piala Dunia, di mana salah satu ciri yang ditampilkan telah ‘membawanya’ ke bilik pameran VW terdekat.

Lantas Jee Hung yang bekerja sebagai konsultan IT, mengambil peluang ini untuk memandu uji Polo sedan kerana sedang merancang untuk membelinya dalam masa terdekat. Namun tuah ternyata menyebelahinya kerana berjaya mendapat model tersebut secara percuma melalui peraduan yang disertainya.

Model Polo sedan adalah unit pemasangan tempatan (CKD) yang dilancarkan pada hujung Oktober tahun lalu. Ia dijanakan oleh enjin 1.6 liter MPI dengan kuasa 105 PS dan tork 153 Nm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan bersama Tiptronic. Model ini dijual pada harga RM85,888.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *