Mitsubishi Pajero facelift diperkenalkan untuk pasaran Nippon

By  |  0 Comments

Pajero5

Pastinya kebanyakan syarikat pembuat kenderaan Jepun akan mengutamakan pasaran negara mereka dengan memperkenalkan model baharu atau pun yang diberi penambah baikan (facelift) di sana terlebih dahulu, sebelum ‘membawanya’ ke serata dunia.

Baru-baru ini, Mitsubishi juga telah memperkenalkan model facelift bagi Pajero yang tampil dengan beberapa elemen baharu. Antaranya rekaan hadapan yang lebih segar dengan gril yang diberi penambah baikan. Malah untuk varian tertinggi, penambahan elemen seperti lampu pencahayaan siang LED bersama pelindung tayar simpanan turut ditampilkan.

Pajero7

Malah bagi kabinnya pula, ia telah ‘disolek’ lebih menawan termasuklah memperbanyakkan lagi kekemasan metalik dengan material berkualiti tinggi.

Bagi varian VR II, ia juga diperindahkan dengan kekemasan piano black. Manakala bagi barian Exceed dan Super Exceed pula memilih kekemasan kayuan.

Pajero18

Didatangkan dengan dua pilihan enjin iaitu 3.0 liter V6 petrol dan 3.2 liter 4-silinder turbodiesel, Pajero versi 2015 ini telah bersiap sedia menembusi pasaran Jepun pada harga sebelum cukai ¥2,921,400 (RM91,398).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *