DRIVEN musim ke-3 mula ditayangkan hari ini!

By  |  0 Comments

Seperti yang dijanjikan… episod pertama DRIVEN musim ketiga telah pun mula ditayangkan hari ini melalui saluran Youtube.

Dibawakan khas oleh PETRONAS PRIMAX 95, tonton ulasan menarik yang diselang-selikan dengan jenaka spontan oleh team Paultan.org iaitu Harvinder, Hafriz dan Jonathan James Tan.

Malah DRIVEN turut mengundang beberapa orang selebriti jemputan yang bakal mewarnai antara episod yang bakal ditayangkan. Ini termasuklah jagoan permotoran yang banyak mengharumkan nama Malaysia ke mata dunia.

Bagi episod pertama ini, tiga buah kereta sedan segmen-B menjadi pilihan. Di antara Honda City, Nissan Almera dan Toyota Vios TRD, model manakah yang bakal menjadi ‘raja’ untuk episod pertama ini?

Saksikannya sendiri!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *