Kia Optima K5 lebih impresif

By  |  0 Comments

OptimaK536

Setelah enam bulan dilancarkan di pasaran Malaysia, model facelift Kia Optima K5 ini semakin kelihatan menjalari jalan raya di Malaysia. Ini merupakan model facelift bagi Optima generasi ketiga yang dibawa masuk ke pasaran Malaysia pada tahun 2011. Di mana Optima generasi ketiga itu mula menerima perubahan drastik daripada segi penampilan dan juga dikenali sebagai Optima K5.

Pada 16 Januari yang lalu, model facelift bagi Optima K5 generasi ketiga dilancarkan di pasaran tempatan. Sebelum itu, ia telah pun membuat penampilan pertama di peringkat global di New York International Auto Show 2013. Malah model ini turut menerima perubahan daripada segi gaya luaran dan dalaman menjadikannya sebagai daya tarikan untuk memilikinya.

Apabila Optima sudah bertukar paras rupa, maka tidak hairanlah ia menjadi tumpuan ramai. Malah ramai yang ingin (atau pun telah) memilikinya atas alasan imej yang ditampilkan lebih sporty, elegan dan urban berbanding dengan generasi terdahulu. Malah kelibat kereta sedan ini kerap kelihatan di jalan raya menandakan ia ‘laku’ dalam pasaran.

Menerima banyak pertanyaan tentang prestasi dan pengendalian sedan ini, Info Kereta mengambil peluang untuk memandu ujinya dan berkongsi pengalaman bersama anda semua.

OptimaK574

Boleh dikatakan Optima K5 ini mampu menzahirkan rasa selesa tatkala mengendalikannya. Ia tidak banyak ragam dan ‘mudah mengikut kata’. Maksud penulis, ia cepat serasi dengan gaya pemanduan dan pengendalian.

Sebelum menerokai lebih lanjut mengenai keistimewaan K5 dari segi pengendalian, kita lihat spesifikasinya terlebih dahulu. Sebenarnya tiada perubahan daripada segi teknikal kerana ia masih menggunakan enjin yang sama seperti mana model terdahulu iaitu 2.0 CVVL NU. Ia mampu menghamburkan kuasa maksimum 165 PS pada 6,500rpm dan puncak tork 198 Nm pada 4,800rpm. Malah turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

OptimaK527

Bagi penulis, enjin dan transmisi yang dipadankan untuk K5 ini memang bersesuaian dengan kerangkanya. Ia tidak terasa berat untuk dikendalikan, malah mampu memberikan kuasa yang bersesuaian dengan keupayaan enjin serta kesepadanan kerangkanya.

Malah model unit CBU ini turut hadir dengan Drive Mode Select iaitu Normal, Eco dan Sport pada roda stereng. Selain daripada itu, pemasaan penukaran transmisi dan pemetaan pendikit turut diberikan sedikit perubahan bagi memantapkan lagi model ini.

OptimaK576

Bagi sistem suspensi pula, K5 dipadankan dengan topang MacPherson bersama gegelung spring di bahagian hadapan untuk meningkatkan lagi kualiti pemanduan. Manakala untuk bahagian belakang pula memilih Multi-Link dengan penyerap hentak gas yang menambahkan lagi keselesaan pengendalian.

Secara tidak langsung memberikan pengendalian yang menyeronokkan, malah masih terasa keselesaan sewaktu memandu K5 ini. Olengan badannya juga pada tahap minimum, biar pun jentera dipacu membelahi jalan berliku mahu pun beralun.

Bukan itu sahaja, K5 turut meminimumkan bunyi bising sewaktu kenderaan sedang bergerak dengan mengurangkan kadarnya kepada 3.3dB bagi mempertingkatkan struktur pada tayar bersaiz 18 inci serta elemen yang berkaitan dengannya. Sekali gus menambahkan lagi keselesaan sewaktu pemanduan. Malah bunyi bising dari luar jentera sewaktu dipacu juga dapat disingkirkan daripada meresapi hingga ke dalam kabin.

Sistem brek, kawalan stereng dan pedal pendikit cukup responsif. Malah ketiga-tiga komponen ini berupaya bertindak pantas apabila diperlukan.

Kehadiran sistem keselamatan seperti Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) juga bertindak sewajarnya ketika diperlukan. Penulis tidak sengaja ‘mencuba’ sistem ini sewaktu pandu uji. Di mana hampir berlakunya understeer sewaktu memandu di Jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor kerana mungkin keadaan jalan yang agak licin selepas hujan. Mujur juga TCS pantas bertindak mengelakkan kenderaan yang dipandu hilang kawalan.

Apatah lagi K5 turut dilengkapi dengan elemen keselamatan Program Kestabilan Elektronik (ESP) seperti ABS, EBD, Sistem Bantuan Brake (BAS) dan Hill-start Assist Control (HAC). Malah K5 turut dilengkapi dengan enam beg udara dan sambungan ISOFIX.

Malah K5 turut menerima pengiktirafan lima bintang setelah menjalani ujian keselamatan NHTSA di Amerika Syarikat. Menambahkan lagi keyakinan terhadap pemanduan dan pengendaliannya.

Untuk kemudahan parkir, K5 dilengkapi dengan lapan sensor parkir keseluruhannya di depan dan belakang.

Seperti mana yang dikatakan pada awal artikel ini, K5 ini menerima perubahan kosmetik yang agak ketara. Antaranya rekaan bampar dan lampu utama yang baharu. Di mana bamparnya dihiasi dengan gril berbentuk Tiger Roar yang lebih tebal bersama kekemasan hexagonal hitam berkilat. Turut dipadankan lampu utama HID Xenon dengan lampu pencahayaan siang (DRL) LED. Malah lampu kabus hadapan juga menerima rekaan baharu iaitu Ice Cube.

Bahagian belakang juga ada perubahan dengan kombinasi lampu LED yang turut direka semula bagi memberikan gambaran mengikut standard terkini. Malah bentuk pada bonet belakang turut disuntik rekaan baharu.

Malah kehadiran bumbung panoramik dan rim aloi bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar 225/45 menambahkan lagi imej sporty pada model ini.

Menjenguk bahagian kabinnya pula, suasana elegan dan ditambah sedikit sentuhan kemewahan menjalari segenap ruang. Struktur tempat duduk turut direka baharu bagi menambahkan lagi keselesaan dengan kekemasan kulit berkualiti tinggi. Tempat duduk pemandu turut boleh dilaras dengan lapan cara pelarasan bersama fungsi memori. Juga empat cara pelarasan bagi tempat duduk sebelah pemandu.

OptimaK521

Bahagian papan pemuka turut direka baharu dengan fungsi berteknologi tinggi bagi memudahkan segala butang kawalan mudah dicapai dan dikendalikan.

Roda stereng berbentuk-D yang diinspirasikan daripada jentera lumba turut menyerlahkan lagi imej dalaman K5. Malah ia turut ditampilkan dengan pedal penukar gear dengan material aluminium (paddle shifters) pada bahagian belakangnya.

K5 model baharu ini turut dilengkapi dengan butang penghidup enjin, skrin paparan sesentuh LCD TFT bersaiz 4.3 inci yang turut berfungsi sebagai paparan kamera undur dan kawalan audio, sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, brek parkir elektronik, zon berkembar kawalan penghawa dingin, cermin pandang belakang anti silau dan sistem bunyi Infinity bersama lapan pembesar suara yang turut menyokong fungsi bebas-tangan Bluetooth, pemain CD, AUX, USB dan sambungan iPOD.

OptimaK546

K5 ini berukuran 4,845mm bagi panjang, kelebaran 1,830 mm, tinggi 1,455mm dan jarak roda 1,591 mm. Secara tidak langsung, memberikan ruang yang lebih luas pada bahagian dalamannya. Malah ruang kargo pula berkapasiti 437 liter.

Didatangkan dengan empat warna pilihan menarik iaitu Snow White Pearl, Satin Metal, Aurora Black dan Smokey Blue, Kia Optima K5 ini ditawarkan pada harga atas jalan RM149,888 seunit berserta insurans yang turut didatangkan dengan lima tahun jaminan tanpa perbatuan terhad.

Secara konklusi, dengan spesifikasi yang diberikan, pengendalian dan prestasi yang boleh dikatakan mantap, imej luaran dan dalaman yang tampil bergaya serta keselesaan optimum, pemilikan model ini dilihat sebagai suatu pembelian yang berbaloi. Malah ia boleh dikatakan hampir setaraf dengan jentera buatan Jepun dan Eropah yang sama segmen dengannya.

Spesifikasi :
Enjin : 2.0 liter CVVL NU
Transmisi : Automatik 6-kelajuan
Kuasa maksimum : 165 PS @ 6,500 rpm
Tork maksimum : 198 Nm @ 4,800 rpm
Kapasiti tangki bahan api : 70 liter

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq