Volkswagen Polo sedan CKD dilancarkan – harga bermula RM85,888 seunit

By  |  0 Comments

DSC_6403

Bagi merancakkan lagi pasaran automotif tempatan, Volkswagen Group Malaysia (VGM) turut mengambil bahagian di dalam usaha memasarkan model pemasangan tempatan (CKD). Bukan sahaja untuk pasaran Malaysia, malah VGM turut berhasrat memasarkannya ke negara ASEAN yang lain. Sebagai permulaan, model kereta terbaharunya, VW Polo Sedan 2014 dengan terhasilnya unit CKD yang telah dilancarkan. Malah model ini turut menggunakan 40 peratus komponen buatan tempatan.

DSC_6419

Dengan harga kurang RM14,000 daripada model terdahulu yang dilancarkan setahun yang lalu, Polo Sedan 2014 ini pula bernilai RM85,888 tidak termasuk insurans. Menawarkan pelbagai elemen penambahbaikan berbanding versi CBU, antaranya sistem radio RCD 320 dengan sokongan pelbagai bahasa, sambungan hiburan untuk USB, kad SD, iPod, AUX dan Bluetooth, sistem pendingin hawa automatik di bahagian tempat duduk belakang serta tempat rehat tangan di bahagian tengah antara kerusi pemandu dan penumpang di sebelah.

Untuk rekaan luar pula, sedikit perubahan dilakukan iaitu pada bahagian bampar hadapan, lampu belakang, lampu hadapan jenis halogen dan emblem Volkswagen pada bahagian kiri bonet.

Memantapkan lagi sistem keselamatan, Polo Sedan 2014 turut menawarkan empat beg udara, empat tingkap automatik anti sekat, sistem tindak balas hentakan pintas (ICRS), sistem brek anti kunci (ABS) dan sambungan kerusi kanak-kanak ISOFIX.

DSC_6499

Walau bagaimana pun, daripada sudut kejuruteraan mekanikal, tidak menerima sebarang perubahan dan masih mengekalkan enjin yang sama iaitu 1.6 liter MPI dengan transmisi automatik enam kelajuan bersama Tiptronik. Masih mengekalkan kuasa maksimum 105PS dan tork 153NM, model ini turut menawarkan penjimatan bahan api yang efisien iaitu 6.5 liter untuk setiap 100 kilometer.

Berkenaan dengan perancangan untuk membawa model ini ke pasaran ASEAN, pengarah urusan VGM, Dr.Zeno Kerschbaumer berkata, ia adalah berdasarkan perjanjian kerjasama dengan Kumpulan DRB-HICOM dan ia terkandung di dalam perancangan jangka panjang. Walau bagaimana pun, buat masa ini, perancangan ini masih menantikan masa yang sesuai untuk dilaksanakan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *