Proton Persona SV sempoi!

By  |  3 Comments

PersonaSV20

Buat pertama kalinya Proton melancarkan model yang berteraskan program ‘SV’ atau pun ‘Super Value’ ialah melibatkan Saga SV pada Jun 2013. Enam bulan kemudian, Proton memperkenalkan Persona SV pula setelah melihat perkembangan yang memberangsangkan atas permintaan model SV ini.

Setelah beberapa bulan di pasaran dan mendapat pertanyaan dari para pembaca yang ingin mengetahui prestasi Persona SV ini, Info Kereta akhirnya berkesempatan untuk memandu ujinya selama beberapa hari. Mengambil unit pandu uji ini di Proton Centre of Excellence (COE) yang terletak di tepi Lebuh Raya KESAS, Shah Alam, perkara pertama yang sedikit ‘menguji’ penulis ialah untuk melaraskan ketinggian tempat duduknya. Mengapa? Baca ulasan ini selanjutnya.

Semasa majlis pelancarannya, pihak Proton berkata Persona SV ini menggunakan platform yang sama dengan Persona Elagance iaitu model yang dinaik taraf pada 2010. Dengan beberapa elemen yang ditambah iaitu dua beg udara, ABS, EBD, empat cakera brek dan tali pinggang keselamatan pra-regangan untuk tempat duduk hadapan.

PersonaSV41

Malah harganya juga ditawarkan pada nilai yang begitu mampu milik iaitu hanya RM44,938 bagi varian manual dan untuk transmisi automatik pula ialah RM47,938. Ia merupakan harga atas jalan yang dilengkapi dengan insurans. Malah Proton turut mensasarkan ia merupakan model terbaik untuk rakyat.

Walau pun harganya memang agak murah namun sedikit menjadi tanda tanya, mengapa model ini kurang kelihatan menjalari jalan raya di Malaysia, berbanding dengan Saga SV yang mudah dilihat di mana-mana. Itu satu persoalan yang harus dijawab oleh pihak Proton sendiri.

Ok, lupakan sejenak mengapa kelibatnya jarang kelihatan…

Persona SV ini menggunakan enjin yang sama dengan model Persona biasa iaitu 1.6 liter Campro AIFM yang mampu menghasilkan 110 hp pada 6,500 rpm dan tork puncak 148 Nm pada 4,000 rpm. Ia memiliki dua pilihan varian iaitu manual dengan lima kelajuan dan automatik empat kelajuan.

PersonaSV16

Bagi penulis, prestasi yang dipamerkan oleh Persona SV ini boleh diletakkan pada paras yang sederhana sahaja. Ia tidaklah begitu cemerlang, namun juga tidak menghampakan. Cukup sesuai untuk pemanduan secara santai dan ‘biasa-biasa sahaja’, namun jika mahukan prestasi yang lebih ‘membuak’, kuasa enjinnya mampu dicabar dengan menekan lebih pedal pendikit. Lonjakan kuasa yang dipamerkan boleh dikatakan agak memuaskan. Senang-senang untuk meter kelajuan mencecah angka 140km/j.

PersonaSV43

Penulis menguji varian automatik, di mana pertukaran gearnya juga biasa-biasa sahaja. Walau pun agak oldskool kerana hanya empat kelajuan, namun memadailah untuk model seringkas Persona SV ini.

Namun apa yang boleh diberi pujian terhadap model Proton ini ialah sistem pengendaliannya yang boleh dikatakan dinamik. Walau pun spesifikasi mekanikalnya tiada sebarang pembaharuan, namun pengendalian Persona SV ini seakan mampu menyembunyikan kekurangan yang ada.

Persona SV ini dipacukan dengan suspensi topang MacPherson untuk hadapan dan multi-link bersama palang penstabilan bagi pacuan belakang. Ia banyak membantu mengendalikan kenderaan supaya lebih stabil dan selesa dipandu. Apatah lagi jika melibatkan permukaan jalan yang beralun, berselekoh dan kurang rata.

Walau bagaimana pun stereng berkuasa hidraulik terasa sedikit ringan. Namun ia tidak mengundang masalah sekiranya fokus pemanduan berada pada tahap optimum. Sebaliknya mampu memberikan respons yang diperlukan.

Mengenai sistem brek pula, Proton telah memberikan empat cakera brek untuk Persona SV ini. Sekali gus memberikan kuasa brek yang lebih mantap dan diyakini.

PersonaSV34

Memandu model ini, tidak perlulah untuk tampil dengan skil pemanduan yang agresif kerana ia tidak bersesuaian sama sekali. Jadi kesimpulan yang boleh penulis huraikan mengenai prestasi dan pengendalian Persona SV ini ialah ia sebuah kenderaan sedan yang cukup sempoi, mudah dikendalikan tetapi jangan mengharapkan lebih daripada itu.

Berkenaan dengan gaya yang ditampilkan, ia juga tampil sempoi sahaja. Terdapat beberapa elemen yang tidak ditampilkan pada varian ini seperti tiada door visor, lampu kabus, dan pelarasan untuk cermin sisi manual sahaja. Jangan mengharapkan sesuatu ‘kejutan-luar-biasa’ pada model ini kerana ia adalah model di bawah program SV. Ingat tu… super value!

Jadi apa yang ada pada rekaan luaran dan dalaman pada Persona SV ini hanya sekadar asas dan yang benar-benar diperlukan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Dan tidak banyak yang boleh diceritakan.

Begitu juga dengan rekaan di dalam kabin, juga tiada penampilan yang baharu. Pada perenggan kedua di atas, penulis ada menimbulkan kenyataan berhubung dengan masalah melaraskan ketinggian tempat duduk pemandu bukan? Hah! Jawapannya… ia tidak pelarasan ketinggian tempat duduk pemandu. Itu pastinya menimbulkan sedikit masalah jika anda (termasuk penulis) di bawah ketinggian 155cm.

Ini kerana tempat duduk dengan kedudukan standard pastinya memberikan sedikit masalah pada penglihatan tetapi mujur juga roda sterengnya masih boleh dilaraskan kedudukan tinggi dan rendah. Ops! Mungkin bagi anda yang memiliki ketinggian di bawah 155cm, mungkin anda memerlukan kusyen tambahan untuk menampung kedudukan anda!

PersonaSV11

Manakala rekaan pada papan pemuka juga cukup ringkas dan memadai dengan butang-butang kawalan yang penting sahaja. Pelarasan penghawa dingin juga secara manual. Namun agak ‘kelakar’ sedikit apabila pada papan pemuka terdapat beberapa butang palsu yang tiada fungsi pun. Agak pelik kenapa ia patut diletakkan di situ. Ia berada sebaris dengan butang lampu kecemasan (hazard light).

Pada roda stereng juga tiada sebarang butang kawalan ditampilkan. Manakala tempat duduk fabrik pula ditampilkan tetapi masih mampu menyalurkan keselesaan buat pemandu dan para penumpang. Pada tempat duduk belakang, terdapat ruang meletak air minuman yang boleh dilipatkan, ia berada di bahagian konsol tengah.

Untuk infotaimen pula, Persona SV ini hanya tampil dengan sistem audio single-DIN head unit yang turut mempunyai port sambungan USB.

PersonaSV14

Ruang kaki dan ruang kepala pada bahagian penumpang belakang juga sederhana sahaja tetapi masih memberikan keselesaan.

Manakala bagi ruang kargonya, ia mampu memuatkan muatan sehingga 430 liter dan boleh dikatakan begitu memuaskan.

Persona SV ini tampil dengan tujuh pililhan warna yang menarik iaitu Solid White, Bronze Garnet, Tranquility Black, Genetic Silver, Fire Red, Chiffon Green dan Atlantic Blue. Pembeliannya juga didatangkan dengan jaminan selama dua tahun atau 50,000km dari kilang pengeluar.

Secara keseluruhan, untuk spesifikasi yang ditampilkan termasuk daripada segi prestasi, pengendalian dan imej yang ditampilkan, model Persona SV ini ternyata sesuai menjadi kenderaan mampu milik untuk rakyat Malaysia. Apa pun, kerana prestasi yang sedikit kurang memberangsangkan sejak kebelakangan ini, ia agak kurang mendapat sambutan.

Justeru, dengan kehadiran CEO baharu Proton iaitu Datuk Abdul Harith Abdullah, diharap prestasi Proton mampu dibaik pulih sekali gus menangkis semula pelbagai dakwaan negatif mengenai jenama ini.

Spesifikasi :
Enjin : 1.6 liter CAMPRO AIFM 4-silinder sebaris 16-injap DOHC
Transmisi : Manual 5-kelajuan/Automatik 4-kelajuan
Kuasa maksimum : 110 hp @ 6,000 rpm
Tork maksimum : 148 Nm @ 4,000 rpm
Tayar : 195/60 R15

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ http://s1.joost.com/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://dlc.com.sa/bandarqq/ https://dlc.com.sa/pkvgames/ https://dlc.com.sa/dominoqq/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ pkv games dominoqq bandarqq --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/plugins/elementor/halo-usu/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/interactivity-api/demo/slotdemo/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/web/qiuqiu/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/mposlot/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/post/77rabbit/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://c-lines.com/wp-includes/web/qiuqiu/ https://c-lines.com/project/dominoqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pokerqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/bandarqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/webs/dominoqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/sains/77rabbit/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/bandarqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/dominoqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/bandarqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/dominoqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/games/parlay/ https://www.apty.io/digital/pkv/ https://dap.apty.io/demo/slotdemo/ https://dap.apty.io/demo/slot777/ https://dap.apty.io/demo/mposlot/ https://dap.apty.io/demo/77rabbit/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://jvcoffee.jp/wp-includes/webs/bandarqq/ https://jvcoffee.jp/wp-includes/webs/dominoqq/ https://jvcoffee.jp/wp-includes/webs/pkvgames/ https://vi.jvcoffee.jp/wp-includes/jvc/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/