Toyota umum kempen panggil semula (recall) untuk model Hilux, Innova & Fortuner

By  |  0 Comments

Fortuner

Hari ini Toyota Motor Corporation (TMC) mengumumkan kempen servis istimewa atau panggilan semula (recall) yang membabitkan tiga model kenderaannya iaitu Innova, Fortuner dan Hilux buatan antara tahun 2005 hingga 2010. Ia disebabkan oleh masalah kabel lingkaran bagi model-model berkenaan.

Di mana beg udara pada bahagian tempat duduk pemandu yang disambungkan pada kabel lingkaran berkenaan bersama sambungan elektrikal boleh terjejas apabila roda stereng diputarkan. Jika ia berlaku, lampu amaran beg udara akan menyala.

Di samping itu, beg udara pemandu boleh dinyahaktifkan, menyebabkan ia tidak dapat berfungsi sekiranya berlaku kemalangan.

UMW Toyota Motor Sdn Bhd turut mengesahkannya, ia turut melibatkan sejumlah 82,457 unit Hilux, Innova dan Fortuner yang dijual di Malaysia.

Kempen panggilan semula ini bagi menggantikan kabel lingkaran terbabit bagi mengatasi masalah ini. UMW Toyota Motor akan menghubungi pemilik kenderaan terbabit bagi menyertai kempen ini. Walau bagaimana pun, kempen ini tidak melibatkan model lain Toyota.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *