Great Wall H6 untuk pasaran Malaysia bakal dilancarkan Jun ini

By  |  0 Comments

H6

Sebelum ini, Green Oranges Sdn Bhd (GOSB) iaitu pengedar kenderaan Great Wall Motor (GWM) di pasaran Malaysia memberitahu model Great Wall H6 bakal dilancarkan pada April ini. Namun, atas sebab-sebab tertentu, ia terpaksa ditunda pada Jun ini pula dan akan dilancarkan bersama-sama dengan model Haval M4. Kedua-duanya merupakan unit pemasangan tempatan (CKD).

Menerusi laman sosial Facebook kelmarin, pihak GWM telah membuat satu kaji selidik untuk mendapatkan maklum balas dari rakyat Malaysia, varian enjin manakah yang harus dipadankan dengan model H6 ini. Sama ada GW4D20 2.0 TSI diesel atau pun GW4G15B 1.5 petrol.

Screen Shot 2014-04-02 at 14.38.55

Berkenaan dengan kuasa yang dikeluarkan, kedua-dua enjin ini mampu memproduksi sejumlah 140 hp pada 4,000 rpm untuk diesel dan 5,600 rpm bagi petrol. H6 ini juga bakal dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan bersama konfigurasi pacuan tayar hadapan.

Antara elemen lain yang bakal diterapkan termasuklah sistem kunci pintas bersama butang penghidup enjin, ESP, lampu pencahayaan siang (DRL), penghawa dingin berkembar dan rim aloi bersaiz 17 inci yang membaluti tayar 225/65.

Great Wall H6 yang diproduksi di kilang milik GMW yang terletak di Gurun, Kedah ini dijangka bakal dijual pada harga RM88,000 seunit.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *