Mazda CX-5 2.5L turut dilancarkan hari ini – Harga RM164k (2WD) & RM174k (4WD)

By  |  0 Comments

MazdaCX501

Pada awal Januari yang lalu, InfoKereta pernah menyiarkan artikel mengenai kemasukan model Mazda CX-5 2.5L unit CBU ke pasaran Malaysia.

Hari ini, Bermaz Motor telah melancarkannya bersama model Mazda3 2.0L sedan di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Menurut Bermaz Motor, buat setakat ini hanya model CBU dari Jepun yang dibawa masuk tetapi mereka mempunyai perancangan untuk menghasilkan model pemasangan tempatan (CKD) tidak lama lagi.

Ditawarkan dengan dua varian iaitu 2WD dan 4WD, enjin 2.5 liter ini mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 184 hp pada 5,700rpm dan puncak tork 250Nm pada 4,000rpm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Malah CX-5 2.5L ini turut didatangkan dengan elemen tambahan iaitu sistem i-STOP, bumbung matahari, sistem bunyi Bose bersama sembilan pembesar suara dan rim aloi bersaiz 17 inci yang membaluti tayar 225/65 R17.

Selain daripada itu, ia turut tampil dengan lampu utama Bi-Xenon dan AFS, butang penghidup enjin, lampu pencahayaan siang (DRL), enam buah beg udara, sistem kunci pintar, lampu kabus, tempat duduk pemandu yang boleh dilaraskan secara elektronik, ekzos berkembar, ABS, EBA dengan Bantuan Brek (BA), kawalan kestabilan Dinamik (DSC), sistem kawalan cengkaman (TCS), dan Monitor Tekanan Tayar (TPM).

Harga atas jalan termasuk insurans yang ditawarkan untuk varian 2WD ialah RM165,083.90 dan 4WD pula RM175,343.90.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *