Honda City 2014 versi Siam telah diuji di Phuket

By  |  2 Comments

2014_Honda_City_preview_Thailand_ 004

Setiap kali memuatkan entri mengenai Honda City 2014, banyak respons yang diperoleh. Dek kerana perasaan teruja dan ingin tahu oleh para pembaca, membuatkan Info Kereta sendiri berasa tidak sabar untuk menantikan detik pelancarannya di Malaysia.

Sebelum ia dilancarkan di sini kira-kira dalam tempoh seminggu dua ini, Honda Malaysia telah mengundang sekumpulan media permotoran tempatan untuk memandu uji Honda City 2014 di Phuket, Thailand selama dua hari. Walau bagaimana pun, unit Honda City yang dipandu uji ini adalah model untuk pasaran negara berkenaan. Ini bermakna, pastinya terdapat banyak perbezaan antara model untuk Thailand dan juga Malaysia.

Jadi, ulasan untuk ceritera ini adalah berdasarkan model Honda City serba baharu versi Siam. Daripada segi teknikalnya, mungkin tiada perbezaan. Tetapi elemen-elemen yang digayakan pada kereta di bawah segmen-B ini terutamanya untuk imej luaran dan dalaman, pasti ada kelainan. Mungkin apa yang ada pada model ‘made in Siam’ tidak akan ada pada unit CKD yang bakal dilancarkan di Malaysia kelak. Begitu juga sebaliknya.

Difahamkan bahawa City serba baharu ini berkongsi platform dengan model Jazz 2014. Malah tertulis di dalam kertas spesifikasi, ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC SOHC yang menghamburkan kuasa maksimum 120 PS pada 6,600 rpm dan puncak tork 146 Nm pada 4,700 rpm.

2014_Honda_City_preview_Thailand_ 061

Walau pun menggunakan enjin yang sama dengan model City sebelumnya, namun Honda Malaysia mengesahkan bahawa ia mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih efisien.

Ia turut dipadankan dengan kotak gear Seven-Step CVT dengan teknologi Earth Dream bagi menggantikan transmisi automatik lima kelajuan yang digunakan oleh model sebelumnya.

Pengendalian Honda City ini hanya sederhana sahaja tetapi boleh dikatakan lebih baik berbanding dengan model terdahulu. Ia masih memberikan keselesaan sepanjang pemanduan dan mudah dikendalikan. Namun ia bukanlah sebuah jentera yang selayaknya dilenjan secara agresif. Sepadan dengan namanya, ‘City’, ia sangat sesuai untuk pemanduan urban. Namun tidak mengecewakan ketika dipandu merentasi jalan berbelok-belok dan berbukit.

Biar pun perlu mengerah sedikit enjinnya untuk mendapatkan kelajuan yang diingini, ternyata City baharu ini bukanlah sebuah jentera yang ‘under power’ atau kurang berkuasa. Ia masih mampu dipandu cemerlang sehingga mencapai tahap kelajuan 170km.

Namun padanan kotak gear CVT sesekali membuatkan enjin mengaum lebih jelas kerana agak lambat bertukar gear automatik biar pun rpm sudah menghampiri puncak tork. Ini berlaku jika jentera dipandu secara laju. Itu sedikit kekurangan buat CVT. Tetapi jika dipandu dalam kelajuan yang sederhana, perkara ini dapat disembunyikan.

Berkenaan dengan sistem suspensi yang digunakan, ia agak lembut dan kurang terasa kesan hentakan jika terlanggar lubang atau ketika melalui permukaan jalan yang beralun. Olengan badannya juga berada pada tahap yang memuaskan.

Bercerita mengenai imej yang ditonjolkan pada kereta di bawah segmen-B ini, memang banyak sentuhan menarik dengan pelbagai elemen pembaharuan yang pastinya mampu menarik perhatian para pembeli. Malah Honda City generasi ke-empat ini merupakan model pertama keluaran Honda Malaysia yang mengadaptasikan rekaan ‘H’ yang menggunakan falsafah ‘Human Centre’. Ia bagi memberikan fokus keselesaan buat pemandu dan penumpangnya.

2014_Honda_City_preview_Thailand_ 013

Memerhatikan setiap sudut luaran Honda City 2014 memberikan pelbagai ekspresi yang sedikit berbeza. Bagi bahagian hadapannya, ia menonjolkan imej yang nampak garang dengan kehadiran bampar yang agak tebal dengan perumah lampu hadapan yang kelihatan tajam. Malah jeriji Platinum yang dipadankan pada bahagian bampar menyerlahkan lagi bahagian hadapan. Namun terdapat sedikit sentuhan sporty pada rekaan lampu kabus.

Manakala ciri-ciri aerodinamik cukup menyerlah pada bahagian sisi dan atas kerangka. Ia menambahkan imej yang lebih maskulin dengan kehadiran skirting di kedua belah sisi. Kehadiran rim bersaiz 16 inci membuatkan model City ini kelihatan sporty. Namun penggunaan rim biasa pada varian paling rendah iaitu S kelihatan biasa-biasa sahaja.

Bagi bahagian belakang pula, kedudukan bonetnya sedikit tinggi. Manakala lampu belakangnya turut tampak tajam melengkung, membuatkan bahagian belakang kelihatan lebih ‘garang’.

CT237

Malah difahamkan bahawa saiz kerangka City 2014 ini lebih lebar dan panjang berbanding model terdahulu. Ini membuatkan ruangan kabinnya kelihatan lebih luas dan pastinya mampu memberikan keselesaan yang lebih optimum buat pemandu dan penumpang.

Sepanjang sesi pandu uji ini, penulis bersama dua lagi rakan media termasuk dari Paultan.org bergilir-gilir memandu City baharu ini. Malah penulis juga berkesempatan duduk di bahagian tempat duduk penumpang belakang, ternyata ia juga cukup selesa duduk kerana ia memiliki ruang kaki dan ruang kepala yang agak luas. Malah wakil Honda Malaysia yang turut sama dalam kereta tersebut juga mengakui kenyataan ini biar dia jauh lebih tinggi daripada penulis.

Mengenai rekaan di dalam kabin juga, terdapat suntikan yang lebih segar. Papan pemuka diberikan penampilan yang baharu terutamanya bagi varian spesifikasi penuh. Menampilkan sistem audio sesentuh bersaiz tujuh inci dan bahagian kawalan untuk penyaman udara serta audio seperti sebuah tablet. Fungsinya lebih mudah untuk dikawal dengan konsep sesentuh. Namun bagi varian terendah, konsep kawalan pada bahagian papan pemuka lebih kepada cara konversional iaitu menggunakan butang.

Bagi panel meter yang direka tampak lebih futuristik dengan penampilan meter kluster bercahaya yang dihiasi gegelang berwarna biru melingkari meter kelajuan dan RPM. Selain daripada itu, ia juga dilengkapi dengan butang penghidup enjin dan butang Mod ECON.

Untuk hiburan, City baharu turut dilengkapi dengan sistem audio lapan pembesar suara. Manakala ruang tempat duduk belakang juga memiliki penyaman udara belakang yang memberikan keselesaan lebih optimum buat penumpang.

Bakal pemilik Honda City baharu ini juga pasti berpuas hati dengan ruang kargo yang berkapasiti 536 liter yang dikatakan paling luas bagi barisan kenderaan segmen-B yang berada dalam pasaran Malaysia.

Berkenaan dengan aspek keselamatan pula, ia juga menawarkan ABS, EBD, enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA) dan kerusi belakang ISOFIX.

Namun menurut pengamatan penulis sepanjang pengalaman memandu uji Honda City versi Siam ini, keselesaan pemanduannya sedikit tergugat dengan rasa kurang selesa bila mana tempat duduk pemandu seakan tidak begitu menyokong badan dengan sempurna. Apatah lagi jika ia melibatkan perjalanan yang jauh, terasa sedikit sakit di belakang badan.

Bukan itu sahaja, penulis agak terkejut dengan material yang digunakan pada bahagian bumbung atas bahagian kabin. Ia tampak kurang berkualiti, seakan bahagian dalamannya diperbuat daripada kadbod dan apabila ia ditekan, boleh kelihatan lengkukannya. Kalau tekanan agak keras atau lama-kelamaan, ia mungkin boleh berlubang.

Malah roda stereng juga hanya menggunakan material urethane tetapi difahamkan versi Malaysia nanti ia dibaluti dengan kulit bermutu tinggi untuk jaminan keselesan.

Pandangan penulis juga sedikit terganggu apabila memandu kerana bahagian belakang dalamannya agak tinggi. Jadi bila mahu memantau pandangan belakang melalui cermin pandang belakang, ia agak terhad dengan halangan bahagian tersebut.

Walau bagaimana pun, diharapkan model versi Malaysia tampil lebih terbaik berbanding dengan varian yang dipasarkan di negara jiran itu. Pastinya Honda Malaysia amat menitik beratkan soal kualiti.

Secara konklusinya, bagi pendapat penulis, Honda City 2014 ini tidak mengecewakan. Prestasi dan pengendaliannya pantas serasi dengan pemanduan. Malah ia turut menyalurkan rasa seronok mengendalikannya. Berkenaan dengan eleman luaran dan dalaman yang ditawarkan, seperti mana yang penulis nyatakan pada awal artikel ini, pastinya ia memiliki perbezaann dengan model di bawah spesifikasi Malaysia. Tetapi sejujurnya, penulis cukup tertarik dengan imej luaran yang ditonjolkan. Ia memberikan gambaran bahawa City 2014 ini diproduksi mengikut standard yang dikehendaki pasaran masa kini.

Malah kemunculan Honda City 2014 ini juga bakal memberikan cabaran yang sengit buat pesaing terdekatnya iaitu Toyota Vios dan Nissan Almera. Honda Malaysia bakal membuka tempahan bagi model baharu ini dengan menawarkan empat varian iaitu S, S+, E dan spesifikasi penuh iaitu V. Menurut sumber, kemungkinan besar ia akan dijual pada harga bermula RM85,000 seunit.

2014_Honda_City_preview_Thailand_ 014

Jadi untuk mengetahui mengenai model CKD Honda City 2014, kenalah tunggu hari pelancarannya. Apakah elemen yang ditampilkan?

Dan Info Kereta juga akan mengulas mengenai sesi pandu ujinya apabila diundang oleh pihak Honda Malaysia kelak. Pastinya ia suatu pengetahuan yang lebih berbaloi buat anda untuk menilai sejauh mana keistimewaan model pemasangan tempatan ini. Walau apa pun, pastinya model Honda City 2014 ini bakal meledak di pasaran Malaysia kerana sudah terserlah kredibiliti dan kepercayaan yang tinggi sejak model-model sebelumnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ pokerqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq qiuqiu bandarqq pkvgames dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq bandarqq pkvgames pkv parlay bandarqq pkvgames dominoqq pokerqq pkvgames dominoqq bandarqq parlay bandarqq pkvgames --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/bd-pkv/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://drfreezones.com/wp-content/login/bandarqq/ http://ddqinvest.projectstatus.in/wp-includes/invest/parlay/ https://quranacademy.us.com/wp-includes/material/parlay/ https://golearn.com.my/wp-includes/bd-pkv/ https://golearn.com.my/wp-includes/register/dominoqq/ https://golearn.com.my/wp-includes/tutor/parlay/