Kerajaan mungkin akan tawarkan diskaun untuk saman AES

By  |  0 Comments

AES_Camera

Bagi yang mempunyai saman trafik Sistem Penguatkuasa Automatik (AES), kemungkinan besar akan ditawarkan diskaun untuk menyelesaikan tunggakan saman tersebut.

Diskaun sebanyak RM150 untuk setiap satu saman itu mungkin akan ditawarkan sehingga enam bulan, bergantung pada kelulusan barisan kabinet kerajaan. Cadangan ini akan dibentangkan oleh Menteri Pengangkutan sedikit masa lagi, menurut laporan TheSunDaily.

Dengan adanya diskaun ini, ia diharap mampu mengurangkan tunggakan kes mahkamah yang mencecah sebanyak dua juta kes iaitu sejak projek pengenalan AES ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi berkata, menyelesaikan kes-kes tertunggak ini adalah penting kerana pihak berkuasa bakal melancarkan fasa kedua AES yang dijadualkan bermula pada bulan Mac ini.

“Kerajaan boleh mengurangkan kerugian lebih dari setengah bilion ringgit akibat isu fasa pertama AES yang penuh kontroversi ini. Justeru, cadangan untuk memberikan diskaun sebanyak 50% dalam tempoh enam bulan, mungkin mulai Februari ini, boleh mengurangkan kerugian tersebut,” ujar Aziz.

Bagi pesalah trafik yang masih degil untuk menyelesaikan saman masing-masing sepanjang tempoh diskaun yang diberi ini bakal berhadapan dengan hukuman mahkamah.

Sebanyak 1.91 juta saman AES telah dikeluarkan sejak September 2012 hingga 30 April 2015, dengan hanya 264,750 saman atau pun RM76,647,750 yang telah dilangsaikan.

Buat masa ini, sebanyak RM300 dikenakan setiap saman AES dengan diskaun sehingga RM150 jika pesalah trafik berkenaan menyelesaikan saman masing-masing dalam tempoh 14 hari selepas disaman.

AES masih diteruskan di 14 lokasi iaitu di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melibatkan 10 kamera tetap serta empat kamera mudah alih.

Ia dilaksanakan bertujuan mengawal had laju kenderaan dan pelanggaran lampu isyarat melalui kamera yang dipasang di laluan tertentu bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *