Range Rover Evoque 2016 tampil dengan imej baharu – Harga bermula RM430k

By  |  0 Comments

2016 Evoque FL_Exterior Front

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd telah melancarkan model paling larisnya, Range Rover Evoque versi 2016. SUV kompak mewah tersebut kini dilengkapi dengan ciri baru yang bakal menambah daya tarikan kenderaan ini sebagai salah satu model yang paling diidamkan dalam segmen yang dipeloporinya.

Range Rover Evoque 2016 ini dipacu oleh enjin petrol Si4 2.0-liter dengan kuasa 240PS dan tork 340Nm. Ia turut digandingkan dengan transmisi automatik sembilan-kelajuan ZF, membolehkan jentera ini mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 7.6 saat dan mencapai kelajuan tertinggi sehingga 217km/j.

Range Rover Evoque 2016 ini tampil dengan reka bentuk luar canggih dan telah dimantapkan lagi dengan pembaharuan yang dipilih dengan teliti.

Pembaharuan halus tetapi anggun ini termasuk reka bentuk bampar dan gril depan baru, lampu depan Xenon serta lampu perjalanan siang (DRL) jenis LED yang tersendiri, lampu belakang dengan DRL unik yang serasi dengan lampu depan, lampu kabus, dan spoiler pintu belakang dengan lampu brek ketiga yang disepadukan secara tidak ketara dan menghasilkan taburan cahaya yang sekata.

Menambahkan gaya premiumnya, ia juga dilengkapi dengan rim 19-inci sebagai ciri standard dan bumbung panorama kekal baharu sebagai pilihan.

2016 Evoque FL_FIxed Panoramic Roof_LR

Bagi ruang kabinnya pula, ia ditampilkan dengan sistem info hiburan baharu yang diakses menerusi skrin sentuh lapan-inci, dengan antara muka pengguna jelas dan mengikut gerak hati yang dinamakan InControl™ Touch dengan menu yang mudah digunakan.

Sistem ini membolehkan pengguna meleretkan jari untuk menukar skrin seperti telefon pintar. Kemudahan Bluetooth® audio dan telefon, sistem stereo lapan pembesar suara dan sambungan USB turut disediakan.

Kerusi depan dan perapian pintu baharu pula digabungkan dengan ruang instrumen yang direka bentuk semula secara keseluruhannya mencetus suasana anggun di bahagian dalam.

Meter halaju dan pengukur rev menampilkan sentuhan moden dan kemas dengan skrin TFT lima-inci resolusi tinggi yang memaparkan maklumat berguna seperti jarak perjalanan minyak, kedudukan gear dan suhu sekeliling. Bahan premium dengan sentuhan lembut meningkatkan kualiti kabin.

2016 Evoque FL_Interior_LR

Ia juga menampilkan tempat duduk balutan kulit dengan pelarasan elektrik 12-cara bagi pemandu dan penumpang depan dan disediakan dengan pilihan warna Hitam Eboni, Badam/Espreso dan Lunar/Sirus.

Selain itu, ia turut menampilkan Pintu Belakang Kuasa Isyarat yang merupakan ciri piawai dalam Evoque baru. Di mana ia membolehkan pemilik membuka pintu belakang kuasa elektrik secara automatik tanpa kunci apabila tangan mereka penuh dengan barang, dengan hanya menggerakkan tapak kaki di bawah bampar belakang.

Dua sensor yang terletak di kedua-dua sisi pintu belakang mengesan pergerakan, lantas mengaktifkan sistem apabila kunci kenderaan berada berhampiran. Ini memastikan sensor tidak boleh diaktifkan secara tidak sengaja, sebagai contoh apabila seekor binatang datang berhampiran bampar belakang.

2016 Evoque FL_Power Gesture Tailgate_LR

Berbeza daripada sistem pesaing, Pintu Belakang Kuasa Isyarat Evoque boleh diaktifkan secara langsung dari belakang kenderaan, dan dari mana satu sisi bampar untuk tahap versatiliti yang lebih tinggi.

Sebagai model Land Rover yang tulen, Range Rover Evoque 2016 juga dilengkapi dengan Terrain Response® System. Sistem berkenaan membolehkan stereng, maklum balas pendikit, kotak gear serta sistem brek dan kestabilan untuk diselaraskan mengikut keadaan semasa permukaan yang dilalui oleh Discovery Sport.

Terdapat empat pilihan, iaitu General, Grass/Gravel/Snow (untuk permukaan licin, termasuk off-road), Mud and Ruts (berlumpur) serta Sands (berpasir).

2016 Evoque FL_Side with Bicycle Roof Rack_LR

Harga atas jalan adalah bermula RM430,000 (berserta GST tetapi tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans).

Range Rover Evoque 2016 ini turut disertai pakej khidmat lepas jualan komprehensif termasuk waranti lima tahun atau 150,000km, penyenggaraan terjadual percuma 5-tahun atau 80,000km (yang mana lebih awal), serta bantuan kerosakan tepi jalan selama tiga tahun.

Pengarah Urusan Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd, Tuan Syed Mudzhar Syed Ali berkata, “Evoque membawa perubahan besar yang mencipta dan kemudian menguasai segmen SUV kompak mewah. Namun ada cabarannya iaitu untuk menggabungkan reka bentuk Evoque tanpa mengubah perwatakannya yang tersendiri dan menambah baik Evoque daripada pilihan pelancarannya supaya setanding dengan model Land Rover dan Range Rover terbaharu.”

Sehingga November 2015, JLRM telah membawa masuk lebih daripada 1,600 Evoque ke jalan raya Malaysia. Selain daripada mencapai kejayaan jualan, para pengkritik juga menyanjung tinggi kenderaan ini memandangkan Range Rover Evoque telah memenangi lebih daripada 165 anugerah antarabangsa sejak pelancarannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *