BMW Group Malaysia sumbang enjin untuk lima institut automotif

By  |  0 Comments

BMW 01

Baru-baru ini, BMW Group Malaysia, telah menyumbang lima unit enjin BMW TwinPower Turbo 2.0 liter empat-silinder untuk lima universiti dan kolej kejuruteraan Malaysia. Ia adalah bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan serta bagi meningkatkan kepakaran kejuruteraan.

Institut automotif terbabit ialah Universiti Malaysia Pahang, Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur, Universiti Taylor, Kolej Antarabangsa Automotif dan Kolej Otomotif.

Menurut Pengarah Urusan dan CEO BMW Group Malaysia, “Kerjasama yang terjalin ini turut memberikan kami peluang untuk berkongsi dan memperkembangkan lagi kepakaran, kemahiran dan memacu inovasi yang diperlukan bagi industri automotif di negara ini.”

Harris turut menambah, kerjasama ini turut mempertingkatkan lagi kemahiran tenaga kerja dan membawakan perspektif baharu di dalam perniagaan.

Sebelum ini, BMW Group Malaysia turut pernah bekerjasama dengan Universiti teknologi Malaysia (UTM) dalam Pengurusan Logistik dan Bekalan Rangkaian.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *