Volkswagen Malaysia lancar Program Overtrade – Tukar beli kenderaan dengan rebat hebat
Sempena dengan kedatangan Tahun Baru 2016 dan sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Volkswagen Malaysia akan menjalankan Program Penukaran (Overtrade) untuk semua pemilik kenderaan mulai sekarang hingga 31 Januari 2016.
Program itu membolehkan para pelanggan menukar kenderaan mereka dan mendapat rebat sewajarnya untuk memiliki sebuah kenderaan Volkswagen.
Promosi musim perayaan oleh Volkswagen Malaysia ini membolehkan semua jenis kenderaan, tanpa mengira model atau jenama peluang untuk ditukar.
Namun, ia tertakluk kepada pemeriksaan yang dijalankan oleh para pengedar sah Volkswagen yang bertanggungjawab membuat keputusan akhir berkenaan proses penukaran kenderaan terbabit.
Bagi membolehkan layak menyertai program ini, semua pendaftaran kenderaan mesti dibuat dalam tempoh promosi. Promosi ini boleh diubah tanpa perlu memberi sebarang notis terlebih dahulu.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila ke mana-mana bilik pameran Volkswagen berhampiran atau layari laman web rasmi Volkswagen Malaysia di www.volkswagen.com.my.
Senarai sokongan harga bagi setiap model Volkswagen adalah seperti berikut :