Nissan X-Trail Impul telah dilancarkan, harga bermula RM150k

By  |  0 Comments

X-Trail-Impul_Front-e1452068808247

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini memperkenalkan Nissan X-Trail Talaan IMPUL. Tampil dengan lebih sporty ini, varian menawarkan pilihan dan peluang kepada pelanggan yang gemarkan dunia sukan bermotor.

Terdapat dua varian IMPUL yang ditawarkan iaitu 2.5L 4WD Premium IMPUL berharga RM172,516.42 manakala 2.0L 2WD Premium IMPUL pada harga RM149,715.05 (kedua-duanya harga atas jalan termasuk insurans di Semenanjung Malaysia).

Pakej IMPUL ini nyata menyerlahkan lagi penampilan Nissan X-Trail serba baharu yang sudah sedia sporty dan garang. Dipasang dengan skirting sisi, spoiler hadapan dan belakang rekaan baharu, serta rim aloi IMPUL Aura SX-50 bersaiz 18-inci bersama kemasan krom berwarna gangsa dan hitam berkilat.

Penambahbaikan ini jelas menunjukkan wajah Nissan X-Trail yang agresif dan atletik. Sekali gus menawarkan penampilan yang lebih tegap di atas jalan raya.

X-Trail-Impul_Back-e1452068782288

Dengan IMPUL Sports Springs, ketinggian kenderaan dapat direndahkan sebanyak 30mm demi menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih lincah dan responsif. Penambahan visor pintu dan pemijak kaki tahan karat LED jelas melengkapkan lagi pakej tersebut.

Varian tertinggi iaitu 2.5L 4WD dikuasakan oleh unit enjin QR25DE-k2 dengan CVTC yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 169 hp pada 6,000 rpm dan tork setinggi 233Nm pada 4,000 rpm.

Manakala varian 2.0L 2WD pula dijana oleh enjin MR20DD bersama sistem pancitan terus bahan api dan Twin CVTC. Ia mampu menjana kuasa mencecah 142 hp pada 6,000 rpm dan tork setinggi 200 Nm pada 4,400 rpm.

Kedua-dua varian ini turut dipadankan kotak gear Xtronic CVT generasi baharu dengan mod manual tujuh-kelajuan serta sistem ECO Mode untuk menawarkan penjimatan bahan api yang lebih baik, selain prestasi pemanduan lebih lancar dan berkuasa.

Harga bagi komponen lengkap pakej ini adalah seperti di bawah :

Screen Shot 2016-01-06 at 5.16.24 PM

Galeri Nissan X-Trail 2.5 4WD

Galeri Nissan X-Trail 2.0 2WD

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *