Honda Jazz kini turut ditawarkan dengan warna Carnival Red, untuk semua varian

By  |  0 Comments

Honda-Jazz-Carnival-Red-2-e1451965340694

Honda Malaysia telah mengumumkan warna baharu bagi Honda Jazz sebagai pilihan yang lebih menarik. Selain warna sedia ada iaitu New Tinted Silver, Taffeta White, Crystal Black Pearl dan Modern Steel Metallic, kini Carnival Red turut menjadi pilihan yang lebih menarik.

Menurut Honda, warna Carnival Red adalah berbeza dengan Dark Red Ruby seperti mana yang ditawarkan pada Honda City baru-baru ini.

Bagi varian S Grade, kini turut didatangkan dengan gril hitam berkilat bersama kepingan plat krom (dahulunya warna hitam) serta lingkaran krom pada kepingan plat belakang.

Menurut CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Yoichiro Ueno, “Kehadiran warna baharu Carnival Red ini pastinya mampu menarik perhatian ramai khususnya golongan muda. Malah warnanya nampak lebih bersemangat dan sesuai dengan gaya hidup golongan muda masa kini.”

Honda Jazz generasi ketiga telah pun dilancarkan di Malaysia pada Julai 2014, kini terjual hampir 26,126 unit. Ia ditawarkan dengan tiga varian iaitu S, E dan V, bersama pilihan kit aksesori Modulo dan Mugen.

Ia dijanakan oleh enjin 1.5L empat-silinder 16-V SOHC i-VTEC yang telah diberi penambah baikan, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 120 PS pada 6,600 rpm dan tork 145 Nm pada 4,600 rpm.

Baru-baru ini Honda telah mengumumkan harga baharu bagi tahun 2016 dan kesemua modelnya mengalami peningkatan harga. Harga atas jalan berserta insurans terbaharu yang diumumkan bagi Jazz ialah RM73,800 untuk S, RM81,000 untuk E dan V pula RM89,400.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *