Perkhidmatan bas percuma ‘Smart Selangor’ mulakan operasi di Kajang

By  |  1 Comment
Bas SelangorKu yang telah beroperasi sejak 1 Julai lalu

Bas SelangorKu yang telah beroperasi sejak 1 Julai lalu

Pada 1 Julai yang lalu, kerajaan Selangor telah melancarkan perkhidmatan bas percuma, Bas Selangorku, yang mula beroperasi di bandar Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

Semalam, perkhidmatan bas percuma ‘Smart Selangor’ kendalian Rapid Bus Sdn Bhd telah dioperasikan di Kajang pula.

Menurut Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), perkhidmatan bas itu bermula seawal 6 pagi hingga 10 malam setiap hari menghubungkan antara bandar Kajang dan Terminal Bas Kajang dengan kekerapan setiap 15 dan 20 minit.

Di mana laluan sehala dari bandar Kajang ke Terminal Bas Kajang sejauh 9.4km meliputi 15 hentian melalui Jalan Sungai Chua, Jalan Wah Siew, Taman Kajang Indah, Taman Koperasi LLN, Taman Sri Kejora, Persiaran Cempaka, Persiaran Bangi dan Jalan Reko.

Manakala laluan balik dari Terminal Bas Kajang ke bandar Kajang adalah sejauh 10.8km mempunyai 19 hentian dengan hentian tambahan di Jalan Semenyih, Jalan Timur dan Jalan Cheras.

Perkhidmatan bas percuma berhawa dingin dengan kapasiti 60 penumpang itu turut dilengkapi sistem maklumat penumpang, kemudahan Wi-Fi serta mesra golongan kelainan upaya (OKU).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *