Ford SYNC 3 bakal dilengkapi dengan Android Auto dan Apple CarPlay

By  |  0 Comments

SYNC 3 and Apple CarPlay

Ford telah mengumumkan sistem hiburan SYNC 3 bakal menerima sokongan aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay.

Ford SYNC yang dilancarkan pada 2007 lalu, kini telah dipasang pada lebih 15 juta unit kenderaan Ford dan bakal mencecah 43 juta menjelang akhir dekad ini

Bagi model Ford 2016, ia akan dilengkapi dengan SYNC 3 yang diberi penambah baikan lebih efisien. Ini termasuklah dengan adanya sokongan aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay. Menurut Ford, SYNC 3 akan dipasang pada model Escape baharu sebelum diikuti dengan model-model baharu lain.

Android Auto hanya akan beroperasi dengan sistem operasi 5.0 (Lollipop), manakala Apple CarPlay pula akan disambungkan dengan iPhone 5 atau peranti lain yang bersesuaian.

Event Seeker

Versi SYNC 3 terbaharu ini turut menampilkan sambungan 4G LTE bagi memberikan kemudahan kepada pemiliknya untuk menghidupkan enjin, membuka pintu yang berkunci, mengetahui tahap bahan apo dan mencari ruang parkir hanya menggunakan telefon bimbit pintar.

Ford turut memperluaskan fungsi AppLink dengan memuat masuk aplkikasi Eventseeker sebagai pencarian acara menarik berhampiran dengan lokasi kenderaan terbabit. Manakala aplikasi Cityseeker pula akan memberikan perincian mengenai restoran terbaik atau lain-lain tempat menarik di hampir 500 bandar di seluruh dunia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq