Jalan utama Bukit Setiawangsa dibuka semula untuk laluan trafik

By  |  0 Comments

Road_construction

Selepas ditutup akibat kejadian tanah runtuh tiga tahun yang lalu, semalam jalan utama di Bukit Setiawangsa telah dibuka semula untuk laluan trafik.

Pembukaan semula laluan ini melegakan penduduk di kawasan sekitarnya kerana ia dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak, memetik laporan Bernama.

Menurut anggota Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari, “Jalan ini bakal siap sepenuhnya akhir bulan ini. Sekarang ini kerja-kerja tambahan seperti menghias tepian jalan, menanam pokok dan memasang pagar sedang dilakukan,” katanya.

Ahmad Fauzi turut memberi jaminan bahawa struktur binaan benteng konkrit di Bukit Setiawangsa selamat dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan membuat pemantauan berkala bagi mengelak berulangnya tanah runtuh.

Beliau menjelaskan kejadian tanah runtuh tiga tahun lalu disebabkan oleh kesilapan reka bentuk benteng serta kurang penyelenggaraan seperti pengaliran air yang tidak teratur.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq