Harga runcit bahan api mungkin akan ditetapkan saban minggu – Timb.Menteri Kewangan

By  |  0 Comments

Petronas

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak menggesa pihak kerajaan untuk menyemak harga bahan api secara mingguan atas alasan konsep sistem apungan harga terkawal boleh menyebabkan kerugian besar pada mereka.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani, persatuan terbabit telah membuat aduan kepadanya, sistem apungan harga yang dilaksanakan ini memberikan kesan terhadap jumlah bekalan bahan api yang dihantarkan kepada mereka, menurut laporan The Star.

Beliau berkata, syarikat-syarikat minyak akan mengagihkan bekalan mereka kepada pengusaha stesen minyak berdasarkan ramalan mereka untuk harga bahan api tersebut.

“Kebanyakan syarikat minyak akan menghantar bekalan kepada para pengusaha dalam jumlah yang besar setiap hujung bulan sekiranya mereka menjangka harga bahan api akan jatuh pada bulan berikutnya,”ujar Johari.

Katanya lagi, sistem apungan harga terkawal akan dikaji semula dan perkara ini akan diusulkan kepada barisan kabinet untuk mendapatkan kelulusan jika ia relevan untuk dilaksanakan.

Bulan Disember ini, menyaksikan penurunan sebanyak 10 sen bagi bahan api RON95 iaitu RM1.95 seliter berbanding RM2.05 pada Oktober dan November 2015.

Manakala harga bagi RON97 dan diesel pula kekal iaitu masing-masing pada kadar RM2.45 seliter (termasuk GST) dan RM1.90 seliter.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *