Grand Saga & Grand Sepadu umum edaran kad Touch ‘n Go percuma sempena Krismas

By  |  0 Comments

GrandSaga1

TALIWORKS Corporation Berhad (Taliworks) melalui subsidiarinya Grand Saga Sdn Bhd (Grand Saga) pemegang konsesi bagi Lebuhraya Cheras-Kajang dan syarikat usaha samanya iaitu Grand Sepadu (NK) Sdn. Bhd. (Grand Sepadu), yang mengendalikan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), akan mengedarkan kad Touch ‘n Go secara percuma bersempena perayaan Krismas.

Kad ini kebiasaannya dijual pada harga RM10, akan mempunyai tambah nilai sebanyak RM4 dan akan diedarkan di lorong tunai plaza-plaza tol berkenaan pada 23 Disember ini sehingga kehabisan stok.

Grand Saga akan mengedar sebanyak 2,000 keping kad Touch ‘n Go bernilai RM28,000, manakala Grand Sepadu akan mengedar sebanyak 1,000 kad Touch ‘n Go bernilai RM14,000.

Pengurus Besar Kanan Taliworks, A Rajasolan berkata, pemberian kad itu merupakan sebahagian dari inisiatif program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan secara berterusan bagi membantu komuniti dan menghargai para pengguna di kedua-dua lebuh raya.

Selain itu, ia turut bertujuan untuk persediaan ke arah transaksi tol tanpa tunai yang akan dilaksanakan di Lebuhraya Cheras-Kajang mulai 13 Januari 2016 ini. Dengan pelaksanaan 100% bayaran secara elektronik (ETC) sepenuhnya, hanya kad Touch ‘n Go, SmartTag atau PLUSMile diterima di semua lorong Plaza Tol Grand Saga.

Sumber foto : Facebook Lebuhraya Grand Saga

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *