Johor bakal memperkenalkan sistem parkir baharu pada 2016

By  |  0 Comments

Linkedua-Expressway

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan sistem parkir baharu bagi menggantikan sistem kupon sedia ada. Sistem baharu ini, walau bagaimana pun belum dimuktamadkan lagi, dijangka bakal diimplementasikan pada April hadapan, memetik laporan Bernama.

Menurut Datuk Bandar Johor Bahru, A Rahim Nin, sistem parkir ini bakal diseragamkan di tiga kawasan, dengan pihak berkuasa tempatan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia, termasuk Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah, dan Majlis Perbandaran Kulai.

“Implementasi ini belum dimuktamadkan, namun ia turut melibatkan kerjasama dengan dua pihak berkuasa tempatan. Kami mahu mengkaji masalah teknikal dan alternatif di kawasan terbabit,” ujar A Rahim.

Beliau turut menambah, MBJB akan mengarahkan syarikat yang diberi tanggungjawab mencetak kupon parkir untuk berhenti meneruskannya, memandangkan ia tidak akan lagi digunakan mulai 1 April.

Pihak MBJB juga sedang merancang untuk membina bangunan fasiliti parkir bertingkat di bandar raya ini pada tahun hadapan untuk menampung jumlah parkir yang semakin bertambah.

Sumber foto : http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Linkedua-Expressway.JPG

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq