IJM beri diskaun tol Besraya, NPE & LEKAS sempena Hari Krismas

By  |  0 Comments

ASXdrive21

Sempena Hari Krismas, Divisyen Tol IJM menawarkan diskaun tol 10 peratus untuk kenderaan Kelas 1 yang menggunakan lebuh raya kendaliannya.

Lebuhraya terbabit ialah Lebuhraya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Baru Pantai (NPE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) (Plaza Tol Ampangan sahaja).

Menurut Ketua Pegawai Operasinya Wan Salwani Wan Yusoff hari ini berkata diskaun itu diberi pada 25 Dis dari 12.01 pagi hingga tengah malam kepada pengguna lebuhraya terbabit.

Diskaun tol ini adalah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab korporat syarikat terbabit bersempena Hari Krismas dan juga sebagai tanda penghargaan atas sokongan yang diberikan kepada para pengguna.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *