Caltex tawar hadiah lumayan untuk pelanggan bertuah

By  |  0 Comments

Photo 1 - Caltex National Promo

Bagi memberikan penghargaan terutamanya buat pelanggan setia, Caltex telah melancarkan promosi Caltex Big Fuel Giveaway dengan menawarkan pelbagai hadiah termasuk wang tunai.

Setiap bulan, Caltex akan memberikan wang tunai sebanyak RM150,000, minyak Caltex bernilai RM90,000, kad Caltex StarCash dan telefon bimbit pintar Samsung Galaxy Note 5 untuk 46 pemenang.

Di mana seramai tiga orang pemenang utama akan membawa pulang baucer minyak bernilai RM10,000 dan10 pemenang lagi bakal menerima wang tunai sebanyak RM5,000 setiap orang.

Manakala 30 pemenang saguhati bakal menerima kad StarCash bernilai RM300. Bag pemegang Caltex Journey Card atau BCard, turut berpeluang memenangi telefon bimbit pintar Samsung Galaxy Note 5.

Untuk menyertai promosi ini, minimum pembelian minyak ialah RM40 bagi melayakkan anda melakukan cabutan bertuah. Promosi ini berlangsung dari 1 Disember sehingga 29 Februari 2016.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *