AES akan diperluaskan ke seluruh negara

By  |  0 Comments

AES_Camera

Bagi mengatasi kemalangan jalan raya, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan diperluas ke seluruh negara terutamanya okasi berisiko kemalangan yang dikenal pasti hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), laporan Bernama.

Dalam persidangan Dewan Parlimen semalam, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, berkata, “Pada masa ini, kita masih dalam perbincangan dengan pihak berkaitan untuk manambah baik terma perjanjian AES yang mengambil kira pandangan dan maklumat balas pelbagai pihak sebelum ia boleh diperluaskan.”

AES masih diteruskan di 14 lokasi iaitu di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang melibatkan 10 kamera tetap serta empat kamera mudah alih.

Ia dilaksanakan bertujuan mengawal had laju kenderaan dan pelanggaran lampu isyarat melalui kamera yang dipasang di laluan tertentu bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Abdul Aziz berkata selain memperluas operasi AES, kerajaan juga sedang merangka pelan pelaksanaan dan model operasi yang baharu bagi fasa berikutnya supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih inklusif dan mudah diterima masyarakat.

Beliau turut berkata, pada masa ini kementerian akan membuat penjenamaan semula bagi menangani persepsi orang ramai yang mengganggap sistem itu hanyal bersifat menghukum.

“Kita akan buat penjenamaan semula AES kepada Malaysia Road Traffic Safety Programme (MRTSP) bagi menangani persepsi orang ramai yang kurang mesra dengan terma penguatkuasaan dan persepsi AES yang seolah-olah bersifat menghukum.

“Melalui penjenamaan semula ini, Lembaga Tabung Angkatan Tentera akan mengurus kamera statik manakala Polis Diraja Malaysia akan mengambil alih kamera bergerak,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *