Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditutup 20 Dis ini sempena JKSB Ride 2015

By  |  0 Comments

Penang 2nd bridge

Bagi menjayakan acara Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Ride 2015, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS) akan ditutup dari pukul 12 tengah malam hingga 1.30 tengah hari pada 20 Dis ini.

Ia merupakan program berbasikal anjuran JKSB, syarikat konsesi bagi JSAHMS, dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu bertemakan kekeluargaan bagi mengutip dana untuk disalurkan kepada Tabung Kebajikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Para peserta akan berkumpul di perkarangan Stadium Batu Kawan sebelum memulakan kayuhan dari Kompleks Plaza Tol JSAHMS menyusuri jambatan dan melakukan pusingan ‘U’ di rentang navigasi utama berdekatan Batu Maung sebelum berakhir di Stadium Batu Kawan.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan turut menasihati para pengguna jalan raya untuk menggunakan laluan alternatif sepanjang penutupan jambatan kedua ini.

Sumber foto : Laman web Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *