Mazda CX3 bakal dilancarkan esok!

By  |  0 Comments

MAZDA_CX3

Esok adalah satu lagi tarikh keramat bagi Bermaz Motors yang bakal melancarkan Mazda CX-3. Walau bagaimana pun, rasanya para wakil pengedar Mazda seakan tidak sabar untuk mula menjual model SUV crossover ini.

Buktinya, imej risalahnya telah pun mula disebarkan menerusi laman sosial Facebook Mazda CX-3 Club Malaysia.

Seperti yang diketahui, CX-3 ini CX-3 ini bakal dijanakan oleh enjin SkyActiv-G 2.0 liter petrol dengan kuasa 150 hp dan puncak tork 204 Nm.

Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan. Kuasanya hanya disalurkan pada roda hadapan, ini bermakna tiada sistem AWD disertakan.

Berdasarkan imej risalah ini, elemen standard yang ditampilkan pada CX-3 ini termasuklah lampu utama LED automatik dengan sistem pencahayaan hadapan adaptif, pelarasan automatik dan lampu nyalaan siang LED.

Mazda_CX-3_Malaysia_brochure_1

Lampu kabus LED, bilah pengilap cermin automatik serta cermin sisi (bersama indikator isyarat) yang boleh dilipat secara elektronik juga turut ditampilkan.

Bahagian kabin pula, ia dilengkapi dengan sistem multimedia MZD Connect 7-inci dengan Commander Control bersama enam pembesar suara. Bagi navigasi pula, ia adalah ditawarkan dengan kos tambahan (RM1,270), lebih kurang dengan Mazda 2 hatchback/sedan. Manakala elemen standard pula termasuk penghawa dingin automatik, tempat duduk balutan kulit dan bumbung matahari.

Selain itu, ia juga menampilkan Mazda Active Driving Display dan roda stereng balutan kulit dengan butang pelbagai fungsi (termasuk multimedia dan kawalan kelajuan), pedal penukar gear, butang pemilihan mod pemanduan, kamera undur dan operasi tanpa kunci (bagi kemasukan dan penghidup enjin).

Bagi aspek keselamatan, CX-3 ini turut dilengkapi dengan enam beg udara, berserta beberapa ciri standard termasuk Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), kawalan cengkaman, ABS, EBD, bantuan brek dan bantuan mula mendaki.

Mazda_CX-3_Malaysia_brochure_2

Model import sepenuhnya (CBU) dari Jepun ini bakal ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu Soul Red Metallic, Crystal White Pearl, Jet Black, Meteor Grey dan Deep Crystal Blue.

Manakala harga yang ditawarkan pula ialah RM131,218 (OTR tanpa insurans). Cerita selanjutnya, kena tunggu esok petang iaitu selepas majlis pelancarannya.

Mazda CX-3 yang dipertontonkan di NST-MAI ASEAN Auto Show 2015

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *