MINI Clubman Concept bakal muncul di Geneva Motor Show 2014

By  |  0 Comments

Clubman14

Sebuah lagi jentera yang bakal menjadi perhatian ramai di dalam Geneva Motor Show sudah pasti ialah model konsep MINI Clubman.

Walau pun ia diperkenalkan sebagai model konsep, tetapi jika ia bersedia untuk diproduksi maka Clubman ini bakal menjadi model MINI yang paling besar iaitu memiliki kepanjangan 4,223mm, 1,844mm lebar dan 1,450mm tinggi.

Clubman12

MINI telah memadankan lampu utama yang dilengkapi dengan lampu pencahayaan siang (DRL) seperti bentuk lingkaran cincin, rim aloi bersaiz 19 inci dan lampu belakang berposisi melintang.

Manakala rekaan bagi kabin pula memang sangat elegan. Hasil kombinasi kekemasan bermotifkan kayuan dan kulit dengan sentuhan krom, rekaan dalamannya memberikan pandangan yang penuh elegan dan mewah.

Postproduction: Wagnerchic*Digital Artwork  www.wagnerchic.com

Kebarangkalian besar model MINI Clubman ini akan berada di pusat pameran seluruh dunia sebelum hujung tahun ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *