Laluan kenderaan di Tambak Johor ditukar secara berperingkat ke Linkedua

By  |  0 Comments

Linkedua-Expressway

Jabatan Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Johor telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan laluan kenderaan berat akan ditukar secara berperingkat dari Tambak Johor ke Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) mulai akhir Mac tahun depan.

Ia adalah usaha bagi mengatasi kesesakan di Tambak Johor.

Menurut Pengerusi Jawatankuasanya, Datuk Hasni Mohammad, kerajaan negeri kini sedang memperincikan kajian berhubung pelaksanaan pertukaran laluan tersebut yang dijangka selesai awal tahun depan, memetik laporan Bernama.

“Inisiatif pertukaran laluan dari Tambak Johor ke Linkedua dilakukan selepas kerajaan Johor menyedari masalah kesesakan serius di Tambak Johor terutama bagi kenderaan berat,” katanya.

Pelaksanaan laluan kenderaan berat di Linkedua dijangka dicapai sepenuhnya pada 2017

Beliau berkata kajian dilakukan merangkumi penelitian terhadap jumlah kaunter untuk kenderaan berat di Linkedua, bilangan kenderaan serta kemungkinan kesesakan panjang di laluan berkenaan.

Katanya bagi melaksanakan pertukaran laluan itu, kerajaan negeri juga sedang mengambil kira cadangan mewujudkan sebuah tapak transit khas atau tempat letak kenderaan bagi memudahkan kenderaan berat dari luar Johor menunggu sebelum masuk ke Singapura.

Sumber foto : http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Linkedua-Expressway.JPG

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *