Mazda kekalkan harga kenderaannya buat masa ini

By  |  0 Comments

Mazda2_Ext_04

Mazda menerusi pengedar utamanya di Malaysia, Bermaz Motor Sdn Bhd, tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan harga jualan walau pun ringgit kurang memberangsangkan.

Menurut CEO Bermaz, Datuk Seri Ben Yeoh Choon San, ia adalah kerana kadar pertukaran yang stabil antara ringgit dan yen, serta struktur tawaran keretanya, yang kebanyakannya unit komponen terurai (CKD).

“Pihak kami telah membeli kereta kami dalam yen sejak beberapa tahun lepas dan majoriti kenderaan yang kami jual sekarang adalah hasil pemasangan tempatan (CKD),” katanya.

Beliau turut berkata, rakan kongsi Bermaz dan syarikat automotif Jepun, Mazda Motor Corporation, meninjau untuk meningkatkan kandungan tempatan bagi model CKD yang boleh merendahkan kos. Secara tidak langsung, ia boleh membantu mengurangkan sebarang kenaikan dalam tukaran asing.

Walau bagaimana pun, ia akan menaikkan harga jika ringgit semakin lemah sehingga ke tahap yang tidak lagi berdaya maju bagi syarikat untuk menjual kereta pada kadar semasa.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *