Siri Jelajah Mega Suzuki berakhir di DRB-HICOM Auto Fest 2014 hujung minggu ini

By  |  0 Comments

Suzuki Mega Roadshow_4

Siri Jelajah Mega Suzuki yang dianjurkan pada akhir November lalu bakal berakhir pada hujung minggu ini sempena dengan DRB-Hicom Auto Fest 2014. Secara tidak langsung membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pelbagai tawaran menarik untuk semua model Suzuki termasuklah memenangi hadiah menarik.

Menurut Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd, Keiichi Suzuki, Siri Jelajah Mega Suzuki yang dianjurkan di beberapa buah lokasi terpilih mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Justeru, siri jelajah terakhir ini diharap dapat memberi peluang kepada orang ramai untuk mendekati model-model Suzuki, terutamanya yang ingin membeli kenderaan baharu dengan pelbagai tawaran menarik.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan untuk siri jelajah terakhir ini ialah pakej melancong ke Jepun untuk dua orang, TV LEC bersaiz 60 inci, akaun simpanan ASN/ASB sehingga RM10,000 dan baucer membeli-belah di Parkson bernilai RM5,000 (mengikut syarat dan terma tertentu).

DRB-Hicom Auto Fest 2014 akan berlangsung pada 28 Februari sehingga 2 Mac ini di Kompleks EON yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Ia berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Selain daripada Suzuki, banyak jenama kenderaan di bawah naungan DRB-Hicom turut terbabit di dalam DRB-Hicom Auto Fest 2014 ini, antaranya Proton dan Honda.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *