Tempat letak kereta di hospital akan dikenakan caj

By  |  0 Comments

Parking_HKL_1

Disebabkan ada segelintir masyarakat yang menyalahgunakan kawasan parkir di hospital, Kementerian Kesihatan membuat keputusan untuk untuk mengenakan caj bagi tempat letak kereta di kawasan hospital di zon tengah Semenanjung.

Dalam persidangan Dewan Rakyat semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata langkah ini adalah untuk mengelak mereka yang tidak mempunyai urusan di hospital daripada menggunakan tempat parkir di hospital, laporan Bernama

Menurut Hilmi, pihak kementerian sedang menawarkan tender terbuka bagi syarikat yang ingin menguruskan tapak parkir di hospital secara sementara dengan kadar yang ditetapkan kementerian.

“Kadar tempat letak kereta akan kita tetapkan dan penender yang ingin libatkan diri kena ikut kadar yang telah ditetapkan,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) yang mempersoalkan penyalahgunaan kemudahan tempat letak kereta di hospital oleh orang awam yang tidak mempunyai urusan di hospital.

Dr Hilmi juga berkata kementerian itu juga sedang berurusan untuk mengeluarkan tender bagi menambah bilangan parkir tambahan di semua hospital di seluruh negara.


Sumber foto : Facebook Hospital Kuala Lumpur

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *